Pertemuan Malaysia dan Thailand dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 malam ini bukan sahaja memberikan impak besar kepada kedudukan pasukan dalam kumpulan G, namun ianya turut mempengaruhi mempunyai magnitud yang besar dari FIFA ranking.

Malaysia memiliki merit yang lebih besar sekiranya berjaya menumpaskan pasukan bimbingan Akira Nishino malam ini, hampir sekali ganda mata yang akan diperoleh berbanding merit yang diterima oleh Thailand sekiranya mampu mencatatkan kemenangan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berikut adalah impak pergerakan mata FIFA ranking pasukan Malaysia berdasarkan keputusan perlawanan malam ini :

1.Malaysia menang keatas Thailand

  • Jika pasukan Malaysia menang, kita akan memperolehi +16.67 mata FIFA ranking, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,028.86 mata.

2. Malaysia seri bertemu Thailand

  • Sekiranya perlawanan esok berakhir dengan keputusan seri, Malaysia akan memperolehi +4.17 mata, menjadikan kutipan keseluruhan kepada 1,016.36 mata.

3. Malaysia tewas kepada Thailand

  • Namun, jika Malaysia tewas (mohon dijauhkan) kepada Thailand, kita akan kehilangan -8.33 mata FIFA ranking yang menjadikan jumlah pungutan keseluruhan kepada 1,003.86 mata.

Ini sebenarnya peluang besar kepada Malaysia untuk menambah mata FIFA ranking selain fokus utama pasukan untuk mengutip 3 mata penuh untuk meneruskan perjalanan untuk layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

1,563 total views, 6 views today

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.