Jika anda seorang kasual teres, ultras malaya ataupun firm firm yang tak register, korang sudah semestinya familiar dengan term “awayday” yang bermaksud menjadi pelawat pasukan lawan ataupun menjadi “ekor” pasukan sendiri.

Komitmen awayday amatlah dititik beratkan dalam scene kasual yang mana ia menunjukkan anda komited dan hidup mati korang hanyalah untuk pasukan kesayangan.

Patches, stickers mahupun awayday flag berkibar menunjukkan anda adalah pelawat kepada pasukan lawan.

Jadi tahukah korang rukun awayday?

Pada zaman 70an ketika scene kasual bermula di United Kingdom, awayday bermaksud tiket pergi-balik yang murah. Untuk mendapatkan trip murah, mereka akan ke tempat lawan hanya menggunakan keretapi.

Yes.

Keretapi adalah simbol pengangkutan yang murah dan memenuhi kehendak kumpulan kasual. Mereka akan mula menaiki keretapi awal beberapa hari sebelum perlawanan jika pasukan berada di kancah Liga Juara-juara Eropah.

Sebab tu kalau korang saksikan di facebook ataupun youtube banyak video yang mengambarkan geng kasual dan ultras menaiki keretapi untuk ke stadium pasukan lawan mereka.

Kini logo awayday telah digunakan secara meluas di seluruh dunia namun kini ramai yang memilih berawayday dengan menaiki kapal terbang berbanding keretapi kerana cepat sampai ke destinasi walaupun terpaksa membayar dengan harga yang tinggi.

Jika tidak mampu terpaksalah geng kasual dan ultras ini menghidupkan motor untuk singgah ke stadium of mamak seluruh Malaysia.

1,377 total views, 33 views today

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.