CARA MENGHINDARKAN ANAK DARIPADA GADGET.

Anak adalah anugerah Allah yang paling bernilai dan tiada tolok gantinya. Ianya adalah amanah yang paling berat perlu dijaga oleh ibu dan bapa.

Gadget dan Anak

Di zaman penuh moden nie rasanya gadget dan kehidupan kita tak dapat dipisahkan. Dan ada anak kita bermula usia 1 tahun dah mula berjinak dengan gadget iaitu smartphone.

Ramai ibu bapa pada masa ini mengambil pendekatan terlalu mudah dengan memberikan anak-anak bermain gadget dan sehingga ada masanya anak² bersama gadget lebih banyak daripada bersama kedua orang ibu bapanya.

Macam Mana Nak Hindarkan anak dengan Gadget.

Caranya sebenarnya terlalu mudah dan ianya tidaklah memerlukan modal yang banyak. Segalanya sebenarnya bermula dengan diri kita sendiri.

Percaya tak kalau ana cakap kita sendiri yang akan mencorak anak kita dengan gadget ataupun tidak.

Apa yang ana praktikan bersama zaujah apabila melangkah masuk ke dalam rumah tiada lagi gadget di tangan kitaorang. Kitaorang akan fokuslan segala² nya kepada anak. Dan daripada itu, anak akan lupa pada gadget sebab dia seronok bermain dengan kita.

Antara sebab anak² inginkan gadget adalah kerana  kebosanan. Jadi kita sebagai orang tua jika banyakkan masa bersama anak, bermain dan gembirakan mereka pasti mereka akan hindarkan diri dengan gadget.

Perbanyakan masa berbual dengan anak, kerana anak kita amatlah memerlukan masa kita bersama mereka, cukuplah bermain gadget di luar rumah masa berkerja, jika di rumah utamakan anak² kerana kitalah yang mencorakkan mereka.

315 total views, 30 views today

1 thought on “CARA MENGHINDARKAN ANAK DARIPADA GADGET.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This