Setiap hari bermacam² cerita yang kita dengar mengenai sebuah perkahwinan, ada yang bahagia, ada yang berduka lara dan ada tu tak tahu apa status perkahwinan mereka lebih senang cerita gantung tak bertali.

Ana bukanlah seorang yang perfect dalam berumah tangga dan juga bukanlah insan yang sempurna untuk memberikan pandangan mengenai rumahtangga nie sebenarnya.

Tapi apa yang ana coretkan ini lebih kepada untuk mengingati diri ana yang juga mempunyai isteri dan juga anak.

3 Perkara Nampak Remeh Tapi Kesannya Sangat Besar

Ada 3 perkara yang memang kita selalu remehkan, tidak kiralah sang suami ataupun sang isteri.

Jaga Komunikasi

Cuba kita analisa balik atau muhasabah balik berapa kerap kita berbicara atau berbual dengan pasangan, adakah masing² sibuk dengan smartphone sehingga kurangnya berkomunikasi dengan pasangan.

Nampak simple tapi makin kurang kita berbual dengan pasangan juga boleh hilangnya suatu seri dalam berumah tangga.

Sentiasa Tanya Khabar

Masa bercinta dulu rasanya pasti korang sms atai whatsapp tanya apa khabar dekat pasangan korangkan? Sampai tak lalu makan, tak lalu tidur dan ada tu sampai sanggup datang belikan ubat jika pasangan tak sihat.

Tapi selepas berumahtangga ada tak kita buat perkara yang sama? Berapa kali kita tanya apa khabar pasangan kita?

Jadi Pendengar

Yang nie berbalik pada nombor satu juga, pernahkah kita menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita? Sebenarnya pasangan kita terutama isteri pasti ada cerita yang ingin dikongsikan bersama kita. Adakah kita menjadi pendengar buat mereka ataupun kita sibuk dengan dunia gadget kita seperti main PUBG sampai orang sebelah cakap pun korang tak ambil peduli.

Ini yang menyebabkan pasangan kita berkongsi cerita dengan orang lain yang sehingga mampu merosakkan rumahtangga kita.

Nampak remeh, tapi kesan dia sangat besar.

Wallahu A’lam

2,362 total views, 14 views today

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.