Hari sabtu yang lepas dapatlah ana meluangkan masa bersama zaujah dan puteri kesayangan ana Cik Piya bercuti singkat yang mana nak cakap tak adalah jauh sangat dengan rumah ana, lebih kurang 10 minit je dari rumah ana.

Kenapa memilih Best Western I City Shah Alam.

Ada sebab ana memilih untuk bermalam di sini nie yang mana ada 3 benda yang rare yang ana jumpa di sini yang tak ada kat tempat lain.

Order Makanan Melalui QR Code di Bilik

Rasanya belum ada lagi tempat lain yang menyediakan khidmat order melalui QR Code. Ianya lebih memudahkan kerana seolah² seperti membuat tempahan online kerana apabila kita scan di QR Code ianya akan masuk terus ke laman menu The View Cafe yang berada di tingkat 5 hotel ini.

Selepas membuat tempahan, kita boleh memilih samada nak membuat bayaran secara tunai ataupun bayaran atas bilik kita.

Selepas 30 minit tempahan di buat makanan yang ditempah akan sampai ke bilik. Lagi satu yang membuatkan best menempah di bilik melalui QR code nie korang akan dapat diskaun 20% lagi bagi makanan dan minuman yang korang nak tempah.

Menu yang ana tempah melalui QR Code

Zaujah ana punya makanan

Sunday Hi Tea di The View Cafe

Yang nie memang rare sebabnya seperti kebiasaan kita akan makan tengahari di cafe hotel sebelum kita check out daripada hotel. Tapi berbeza di Best Western nie sebabnya bermula jam 12.30 sehingga 4.00 petang korang boleh menikmati Sunday Hi Tea.

Hi Tea nie korang boleh makan apa je dessert atau makanan yang korang inginkan kerana ianya disediakan dalam bentuk buffet.

rhdr
nfd

Bagi kanak² ianya pastinya sesuatu yang menyeronokkan kerana sepanjang masa Hi Tea nie berlangsung, kanak² akan dihiburkan dengan persembahan daripda badut yang akan membuat belon.

rptnb
hdrpl

Selain itu, kanak² juga boleh turut serta dalam pertandingan yang disediakan khas buat mereka. Jadi mak bapa nak minum coffee dan menikmati dessert pun takkan terganggu.

Antara Menu yang pasti buat korang teruja untuk cuba

Ada beberapa menu yang pastinya akan menarik minat korang untuk mencuba dan ana memilih untuk mencuba satay burger manakala zaujah ana mencuba Malaysian Spagetti  Classic dan Cik Piya mencuba Nasi Tomato.

Satay burger pilihan ana untuk makan malam

Menu² lain yang terdapat di Hotel ini adalah

Selain itu, sekiranya korang berniat untuk berbarque korang boleh pilih dan biasanya akan dibuat di Alfresco. Korang boleh makan BBQ sambil menikmati keindahan I City.

Promosi Terbaharu di Best Western.

Kalau korang nak tahu, sekarang nie ada promosi yang dibuat oleh Best Western I City. Kini korang akan dapat percuma semalaman menginap di Best Western I City ini sekiranya korang bermalam selama 2 hari.

Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah rujuk di

Facebook : Best Western I City

Instagram : BwICity

Best Western i-City Shah Alam
Address: A-GF-01, No. 6 Persiaran Multimedia, Section 7, Shah Alam, 40000, Malaysia
Phone:+603 5521 9000 | Fax:+603 5521 2028
Email: enquiry@bestwestern-icity.myenquiry@bestwestern-icity.my




1,473 total views, 6 views today

5 Replies to “2 Benda Rare Yang Pasti Korang Dapat Di Best Western I City Shah Alam”

  1. sedapnyee. Bagus ada sistem macam ni. Sesuai sangat ni,lelebih lagi ada anak kecil.Kadang anak meragam,dah tak boleh nak turun makan..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.