Hukum Menghantar Makanan Kepada Muslim Yang Tidak Berpuasa.

Hukum Menghantar Makanan Kepada Muslim Yang Tidak Berpuasa.

Bulan Ramadan telah pun memasuki hari kelima.. sekejap je rasanya kita berpuasa. dan dalam bulan Ramadan nie pernah tak kita melihat kelibat rider ataupun delivery man nie menghantar makanan kepada pelanggan tak kiralah non muslim ataupun mungkin ada segelintir muslim yang mengambil order kerana ABC ( Allah bagi Cuti) ataupun yang ponteng puasa (mungkinlah ada kot).

Bercakap soal berpuasa dan berbuka, ada pihak yang bertanya, bagaimana pula jika makanan yang dihantar kepada Muslim yang tidak berpuasa. Adakah ianya dibolehkan atau adakah penghantar makanan (beragama Islam) dikira bersubahat sama?

Sebelum menjawab soalan di atas, ada beberapa perkara yang perlu difahami tentang situasi tersebut.

Pertama, biasanya seorang penghantar makanan tidak akan tahu secara jelas siapakah pelanggannya, lelaki atau perempuan, sama ada seorang Islam ataupun bukan.

Kedua, jika penghantar makanan tahu sekalipun identiti seorang pelanggan, dia sudah pasti tidak akan tahu adakah pelanggan beragama Islam itu berpuasa atau tidak. Logiknya, tidak ada bukti yang jelas menunjukkan pelanggan tidak berpuasa.

Kemungkinan seterusnya – katakanlah dia tidak berpuasa, kita tidak tahu apakah sebab di sebaliknya. Berkemungkinan seseorang itu mempunyai sebab yang tersendiri seperti sakit, uzur dan sebagainya yang membuatkan dia tidak berpuasa.

Tidak menjadi keperluan bagi seseorang untuk mencari tahu secara mendalam tentang perihal puasa orang lain, lainlah jika orang tersebut makan secara terang-terangan dan tidak menghormati orang lain yang berpuasa, barulah teguran perlu diberikan.

Bagi memahami hal ini dari pandangan hukum pula, salah satu kaedah fiqh telah digariskan oleh Imam Suyuti iaitu:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة

Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus.

Kaedah di atas perlu diguna dengan teliti dan bukanlah bermakna boleh diguna secara umum kepada semua perkara. Sesetengah orang keliru dan hanya mengambil separuh daripada keterangan tersebut sahaja. Penjelasan penuhnya adalah seperti di bawah:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ

Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).

Maka dalam hal pekerjaan ‘servis penghantaran makanan’ ini, harus bagi penghantar makanan untuk menunaikan tugas dan tanggungjawabnya menghantar makanan kepada pelanggan sekalipun pada bulan puasa.

Wallahualam.

228 total views, 18 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This