Malapetaka teknologi’ lebih dahsyat daripada Y2K diramal berlaku bulan depan

Malapetaka teknologi’ lebih dahsyat daripada Y2K diramal berlaku bulan depan

SISTEM navigasi GPS dijangka mengalami gangguan bulan depan disebabkan oleh ketidakstabilan kalendar komputer.

Seorang pakar keselamatan maklumat mendakwa kesilapan digit kalendar pada sistem GPS akan berlaku 6 April ini, kurang sebulan dari sekarang, lapor Daily Mail.

Kesilapan berasaskan digit kalender komputer ini boleh terjadi pada peranti GPS yang masih menggunakan sistem lama.

Naib Presiden Syarikat Keselamatan dan Pertahanan Siber Multinasional Taiwan Trend Micro, Bill Malik ketika bercakap di Persidangan Keselamatan RSA 2019 di San Francisco berkata dia tidak akan menaiki sebarang penerbangan pada 6 April ini.

Fenomena ala Y2K ini berlaku apabila GPS yang menggunakan sistem lama hanya terhad kepada minggu ke-1,024 sebelum kembali kepada kosong, satu fenomena yang berlaku setiap 19.7 tahun.Bill membandingkan ramalan kesilapan kalendar Y2K yang berlaku pada tahun 1999 dan menyatakan bahawa ia berkemungkinan menjadi lebih buruk kali ini disebabkan banyak sistem yang menggunakan GPS sebagai sistem sokongan dalam operasi mereka.

“Sistem kren di pelabuhan, contohnya, untuk mengalihkan kontena juga menggunakan GPS secara automatik.

“Malah, sistem keselamatan awam juga menggabungkan sistem GPS, seperti sistem pemantauan lalu lintas di jambatan, misalnya,” ujarnya.

Tambah beliau, 20 tahun lalu penggunaan GPS ini agak kurang, namun kini banyak syarikat yang bergantung dengan sistem GPS dalam operasi harian.

Pada masa sama, kerajaan Amerika juga telah mengeluarkan amaran kepada sektor negeri dan swasta untuk mengemas kini teknologi mereka.

Sementara itu, kerajaan Amerika Syarikat dilapor menerbitkan memorandum yang dikenali sebagai ‘Event System Rollover Week Weekly Positioning System’ pada April 2018 sebagai amaran kepada pengilang dan firma teknologi swasta di negara itu.

Namun, menurutnya, walaupun sistem navigasi perkapalan dan kapal terbang diramal terjejas dengan gangguan ini, sistem navigasi di telefon bimbit dijangka “mungkin” tidak terganggu.

Malah, syarikat teknologi British yang mengeluarkan pengulang isyarat GPS untuk kegunaan dalaman iaitu FalTech GPS juga mengeluarkan kenyataan bahawa akan ada gangguan penerima GPS atau sistem lain yang menggunakan fungsi tarikh dan waktu.

Syarikat pemasaran kewangan, syarikat penjanaan kuasa, syarikat perkhidmatan kecemasan dan sistem kawalan industri, serta rangkaian komunikasi talian tetap dan selular juga mungkin terjejas.

sumber : Astro Awani

Walaupun ramalan itu membimbangkan ramai pihak, syarikat FalTech GPS memberitahu ini bukan kali pertama perkara ini berlaku.

Jadi adakah kita bersedia menghadapinya??? Kalau sebelum ini kita boleh bergerak ke mana sahaja tanpa mengunakan GPS, mungkin kita kena bersedia kembali tanpa GPS

1,070 total views, 57 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This