‘Rooney jadi inspirasi kemenangan MU’

‘Rooney jadi inspirasi kemenangan MU’

Ole Gunnar Solkjaer boleh menarik nafas lega, apabila pasukan bimbingannya bermula dengan langkah kanan selepas berjaya membenam pasukan Cardiff City awal pagi tadi.

Namun begitu, pengurus sementara Manchester United yang mempunyai muka “babyface” tersebut memberitahu yang selayaknya menerima pujian adalah bekas pemain Manchester United iaitu Wayne Rooney yang memberikan tips dan semangat kepada beliau dalam memimpin pasukan The Red Devils tersebut.

“Saya tiba pada Rabu malam dan hanya dua hari iaitu Khamis dan Jumaat bersama pemain. Wayne Rooney menghantar mesej kepada saya dan memberikan sedikit nasihat – jadi dia juga harus diberikan pujian,” kata Solskjaer.

“Dia memberitahu saya agar membuatkan mereka bermain bola sepak, menikmatinya dan menjadi pemain Manchester United.”

Kali terakhir MU mencatatkan kemenangan besar dengan jaringan 5 gol adalah pada tahun 2015 semasa bawah Alex Ferguson.

Jadi apa kata anda Fans MU??? adakah mampu Solkjaer memberikan perubahan besar kepada pasukan kali ini??? adakah beliau wajar diberikan peluang memimpin pasukan secara tetap???

2,277 total views, 30 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This