Tidak Sampai Sejam Tiket Sudah Habis

Tidak Sampai Sejam Tiket Sudah Habis

Umpama goreng pisang panas, itulah boleh diungkapkan mengenai penjualan tiket perlawanan Akhir Aff Suzuki diantara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan sudah habis dijual.

Begitu pun, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata penambahan tiket sebanyak 10,000 akan kembali dijual sebentar lagi.

“Atas tindakan www.tickethotline.com.my yang melakukan ujian sistemnya setengah jam lebih awal bagi jualan aksi final pertama, Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa depan yang sepatutnya bermula pukul 9 pagi tadi, 20,000 tiket telah pun habis terjual dalam masa sangat singkat sebentar tadi.

Disebabkan itu, FAM mengambil pendekatan menambah 10,000 tiket yabg dibuka penjualannya secara online menjadikan hanya baki 10,000 keping akan dijual secara atas talian pada pukul 9 pagi esok sehingga habis kuota yang ditetapkan itu,” katanya yang dipetik daripada Facebook FAM di sini hari ini.

Siapakah yang harus dipersalahkan mengenai hal ini??? Adakah FAM ataupun pihak Hotline Ticket yang menyebabkan tiket habis dijual tidak sampai 30 minit. 

409 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This