Bercuti Ke Chiang Mai Dengan Traveloka

Bercuti Ke Chiang Mai Dengan Traveloka

Setiap daripada kita pastinya inginkan mengunjungi atau melancong keluar negara, dan bagi ana salah satu tempat yang ana ingin kunjungi tak adalah jauh sangat hanya seberang negara kita.

Chiang Mai di Thailand merupakan salah satu tempat yang berada dalam list untuk ana kunjungi pada tahun 2019, kalau ada sponsor alangkah bestnya, tapi tak bolehlah mengharapkan sponsor semata-mata, sebab blog ana nie bukanlah blog yang famous amos pun.

Tapi tak salah pun kalau berangan kan??? Berangan nie percuma je.

Cerita pasal melancong nie selalunya kalau nak menempah hotel ke Flight ke ana lebih senang menggunakan laman web, lagipun sekarang kan segalanya dihujung jari je.

Kalau sebelum ini jika nak menempah tiket dan booking hotel terpaksa buka dua laman web berlainan dan ianya bukan sahaja menyukarkan tetapi memerlukan masa untuk menempah, lepas tu bila nak monitor balik terpaksa buka satu² laman web, jadi rasanya macam leceh je kan?

Mudahnya Menempah Dengan Traveloka

Traveloka merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang kaki jalan ataupun kaki travel tak kiralah nak berjalan dalam ataupun luar negara.

Dan baru² ini ana perasan yang Traveloka dah ada ciri² baharu di dalam apps diaorang, sekarang nie dah ada kombo tiket flight + Hotel, jadi rasanya dah boleh buat dua dalam satu, tak payah nak fikir banyak, sebab dah boleh uruskan sekali.

Jadi, kini rasanya lebih mudah selepas Traveloka memperkenalkan feature baharu yang membolehkan menempah tiket kapal terbang dan booking hotel penginapan korang. Jadi tak adalah korang nak tengok begitu banyak laman web bagi membuat tempahan, selamat ada traveloka sebabnya boleh sekalikan je, nak tengok tempahan pun senang je.

Ciri-ciri baharu yang diperkenalkan oleh Traveloka ini bukan sahaja mampu menjimatkan masa bahkan wang apabila menempah dengan laman web ini.

Segalanya dekat satu page je, kalau guna app Traveloka lagi mudah, layan je kat smartphone korang, bila² masa je korang boleh apply walaupun semasa dalam toilet. (kantoi bawa smartphone masuk toilet).

Terasa senang lagipun kalau nak monitor balik, sebab ana selepas mendaftar hotel ataupun tiket penerbangan ana akan melihat berulang kali supaya ana betul² yakin yang ana sudah mendaftar tarikh yang betul, almaklumlah ada sikit sifat tak yakin dalam diri. hehehe.

Antara sebab utama ana suka jadikan traveloka nie sebagai rujukan ana kerana di dalam apps ana boleh tengok harga² promosi penerbangan dan hotel seperti promo Air Asia dan Malaysia Airlines., memang berbaloi habislah.

Lagipun kalau korang booking sekali 2 dalam 1 tiket penerbangan dan juga hotel, korang akan dapat potongan diskaun, jadi memang jimat habislah bila nak melancong, jadi bolehlah jimat duit untuk makan² nanti.

Tapi untuk permulaan nie hanya untuk android sahaja yang boleh tengok app ciri² terbaharu nie, bagi peranti ios akan datang mungkin akan ada.

Kenapa ana teringin ke Chiang Mai

Kalau korang nak tahu ana teringin sangat ke Chiang Mai ataupun maksudnya “New City” ini berdekatan dengan sungai yang cantik iaitu Sungai Ping dan Sungai Chao Praya yang pasti membuatkan korang jatuh cinta denganya.

Jadi apabila nak berkunjung ke sesuatu tempat biasanya ana akan mencari info di dalam laman web, dan rasanya yang oaling senang ana nak faham ialah dengan membaca info di dalam laman web Traveloka, memang setakat nie rasanya walaupun hanya membaca tapi dah macam sampai ke sana pula.

Chiang Mai Tour Packages

Ok, berbalik kepada tempat yang berada dalam checklist tempat yang ana nak kunjungi iaitu Chiang Mai nie, ana boleh tahu tempat yang ana nak kunjungi ini hanya membaca di Chiang Mai Tour Packages di Traveloka.

Banyak tempat² menarik yang ana boleh kunjungi di Chiang Mai yang terkenal dengan kehijauan Flora. Jadi walaupun dengan hanya sebagai backpacker pun korang dah boleh datang ke Chiang Mai sebab banyak info menarik yang terdapat di dalam laman web nie.

Dalam laman web ini juga, korang boleh tak payah runsing nak buat plan ke mana korang nak pergi, sebabnya korang boleh dapat idea tu di dalam laman web nie, dari hari pertama dia bagi sampailah ke hari ke 3, jadi tak perlu korang ambil tour packages yang mahal, sebab di Traveloka segalanya dah ada.

Itulah sebabnya ana memang mengsyorkan laman web nie kat korang, lagipun bukan hanya ke Chiang Mai je ada tau, kalau korang nak melancong kat Langkawi pun ada detailnya tau. Jadi senanglah nak buat research sebelum pergi ke sana.

Apabila dah membaca info di Traveloka nie membuatkan ana rasa macam tak sabar pula nak melancong ke Chiang Mai nie, Terasa semakin geram pula kalau tak ke sana.

351 total views, 24 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This