5 Smartphone Gaming Bawah RM1000

5 Smartphone Gaming Bawah RM1000

Pada masa kini permainan E-Sport semakin mendapat tempat dikalangan kita bukan sahaja golongan remaja tetapi golongan usia sehingga 40 berminat untuk meluangkan masa bermain game.

Permainan PUBG dan Mobile Legends pastinya mempunyai kelompok peminat tersendiri sehingga menyebabkan banyak pengeluar telefon pintar berlumba² mengeluarkan telefon pintar yang bersesuai untuk kaki gaming nie.

Kali ini ana nak kongsikan 5 Smartphone bawah RM1000 untuk korang yang ingin berjimat cermat dalam penggunaan wang tetapi masih lagi menginginkan gaming yang terbaik melalui smartphone.

Xiaomi Redmi 4X

RM 465.00

Xiaomi Redmi 4X merupakan smartphone untuk gaming yang paling murah tetapi sungguh menakjubkan. Menggunakan operasi sistem khas MIUI 8 dan menggunakan CPU Snapdragon 435 Octa Core yang dapat menghasilkan frame per second. Sesuai untuk bermain permainan video yang sangat-sangat memerlukan render yang tinggi.

Juga terdapat GPU Adreno 505 yang memberikan sokongan grafik kepadanya supaya tidak mudah lagging atau cepat panas ketika sedang gaming. Baterinya yang sehingga 4100mAh dapat memberikan peluang kepada pengguna untuk terus bermain game kesukaan mereka tanpa perlu risau akan kehabisan bateri  atau mengecas semula.

Motorola Moto M

RM 548.00

Apa yang diperlukan pada gaming smartphone iaitu kelajuan dan kelincahan prosessor. Oleh itu, Motorola Moto M sangat sesuai kerana menggunakan prosessor MTK Helio P15 64-bit Octa-core 2.2Ghz pada 4GB RAM menghasilkannya sifar lag. Menggunakan Android 6.0 yang lebih cekap dalam pengurusan prosessor dan bateri.

Baterinya yang sehingga 3050 mAh dan penggunaan Android 6.0 memberi peluang penggunaan jangka masa yang lebih lama sebelum kehabisan bateri. Juga terdapat storan sehingga 32 GB dan boleh dibesarkan sehingga 128 GB memberi peluang untuk menyimpan pelbagai jenis permainan video di dalamnya.

Sony Xperia Z2

RM 690.00

Sony Xperia Z2 menggunakan CPU quad-core 2.3GHz Krait400 dan GPU Andreno330 menghasilkan pemprosesan yang hebat dengan bantuan pemprosesan grafik yang sangat baik. Tambahan pula, Sony tidak pernah menghampakan pengguna dengan kehebatan sistem audionya. Ia mempunyai sistem audio 5.1 surrounding dan lokasi speaker yang sesuai bertujuan untuk menghasilkan kesan bunyi gaming yang menarik tanpa bunyi tenggelam.

Smartphone ini juga kalis air dan kalis debu, pengguna tidak perlu risau jika air minuman mereka tertumpah ke atasnya ketika sedang sibuk bermain permainan video. Penggunaan kapasiti bateri 3999mAh dan Android 6.0 dapat menghasilkan jangka hayat bateri yang lebih lama walaupun pada penggunaan yang besar.

Xiaomi Mi Max 2

RM 719.00

Xiaomi Mi Max mempunyai skrin paparan 6.44 inci pada resolusi 1080 x 1920 pixel menghasilkan paparan yang lebih terang, jelas dan menarik. Gandingan bersama skrin paparannya dan pemprosesan octa core 2.0Ghz Snapdragon625 dan 4GB RAM membuka peluang kepada pengguna untuk bermain permainan video yang lebih daripada 120 frame per second.

Baterinya juga sungguh mengagumkan dengan kapasiti sehingga 5300 mAh. Menjadikannya seolah-olah seperti tablet kerana boleh digunakan pada jangka masa yang tersangat lama tanpa risau kehabisan bateri. Tambahan pula, penggunaan Android 7.1.1 berganda lebih cekap dalam pengurusan bateri.

Asus Zenfone Max Plus

RM 595.00

Asus Zenfone Max Plus menggunakan chipset Mediatek MT6750T prosessor Octa-core 1.5 GHz Cortex-A53 yang dapat menghasilkan penggunaan yang sifar lagging. Tambahan pula, juga terdapat GPU Mali-T860MP2 sesuai untuk permainan video yang banyak menggunakan pemprosesan grafik. Skrin sentuhnya juga menyokong multi-touch sehingga 5 jari menjanjikan gaming anda sangat professional dan menarik.

Baterinya yang mempunyai kapasiti sehingga 4130 mAh dan penggunaan Android 7.0 dapat menghasilkan penggunaan yang sangat lama sebelum kehabisan bateri. Ia juga mempunyai beberapa teknologi keselamatan seperti keselamatan output dan input voltan, perlindungan OTG dan perlindungan suhu.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah. 

474 total views, 15 views today

2 Replies to “5 Smartphone Gaming Bawah RM1000”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This