Kenapa Bayar Lebih??? Ketahui Tips Mendapatkan Insurans Kenderaan Dengan Harga Murah

Kenapa Bayar Lebih??? Ketahui Tips Mendapatkan Insurans Kenderaan Dengan Harga Murah

Setiap daripada kita rasanya mempunyai kenderaan sendiri sekurang²nya motorsikal. Dan pastinya korang wajib mempunyai Insurans kenderaan bagi membolehkan korang menghidupkan Cukai Jalan ataupun Road Tax bagi membolehkan kenderaan korang berjalan di jalan raya.

Tapi pernah tak korang ambil tahu mengenai Insurans kenderaan yang korang ambil tu?? ataupun korang cuma buat pengiraan lepas tu terus bayar je tanpa ambil peduli, janji korang dah ada insurans.

Ada beberapa perkara yang korang boleh ambil sebagai panduan apabila ingin membuat sesuatu Insurans Kenderaan dan antaranya ialah :

Harga Semasa Kenderaan

Kalau korang nak tahu kebanyakan Company Insurans terutamanya Takaful akan membayar balik kepada korang kalau berlaku apa² kat kenderaan kita terutama Total loss mereka akan bayar mengikut harga semasa kenderaan korang. Kebanyakan daripada agen Insurans di luar sana akan membuat sebut harga dengan harga yang melebihi daripada harga semasa kenderaan, jadi korang akan membayar lebih bagi menghidupkan Insurans kenderaan.

Sebagai contoh harga kereta korang mengikut pasaran semasa adalah RM19K dan apa² berlaku pada kenderaan korang, Pihak Insurans hanya akan membayar RM19K, jadi sekiranya korang membayar lebih daripada itu, memang rugilah sebab pape pun akan dapat mengikut harga pasaran semasa korang hidupkan Insurans.

Pastikan NCD Korang Tidak di Block

Tahukah korang NCD ataupun Non Claim Discount akan diberikan sekiranya korang tiada membuat sebarang tuntutan pada kenderaan korang, Bagi kereta NCD maksimum sehingga 55% dan motorsikal pula sebanyak 25%.

NCD ini akan dikawal oleh satu badan yang dipanggil ISM. yang nie korang kena tahu dan pastikan NCD korang tidak di Block oleh agen lama tempat korang buat Insurans, ini kerana apabila korang ingin buat Insurans atauoun pengiraan di tempat lain pasti sukar kerana NCD akan jadi kosong %.

Selain itu, korang juga kena pastikan yang Company Insurans telah mengupdate NCD terkini bagi menudahkan korang membuat pengiraan di mana² sahaja.

Kalau korang perlukan khidmat Insurans kenderaan, korang boleh je Whatsapp anaZarin si talian 013 261 4680. InsyaAllah khidmat terbaik akan ana berikan.

516 total views, 30 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This