MISC MIFA Pincang Hadapi JDT

MISC MIFA Pincang Hadapi JDT

MISC-Mifa sedikit pincang dalam aksi mereka berdepan dengan juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini gara² tiga tonggak utama yang digantung perlawanan dan mengalami kecederaan.

Pemain import pertahanan, Elizeu Melo digantung satu perlawanan susulan mengumpul dua kad kuning manakala P Rajesh pula mengalami kecederaan pangkal peha.

Manakala penyerang terbaik MIFA, Kpah Sherman turut digantung tiga aksi oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketua jurulatih MIFA, K Devan berkata ketiadaan tiga pemain itu pasti amat dirasai ketika pasukan itu menginginkan melayakkan diri ke peringkat ke suku akhir Piala Malaysia.

“Jawatankuasa Tatatertib sudah memutuskan keputusan pada hari ini dan kita terpaksa bermain tanpa dia (Sherman) serta dua lagi pemain lain.

“Ini suatu keputusan yang mengejutkan dan berlaku pada saat-saat genting yang tidak menyebelahi kita. Saya akui kekuatan kita akan kurang tanpa pemain ini.

“Namun begitu, kita sudah ada pelan A dan B untuk menangani masalah ini. Kita akan gunakan pemain tempatan dengan sebaiknya dan sudah menukar serta mengubah formasi untuk menghadapi aksi ini,” katanya kepada Berita Harian.

MIFA masih mendahului kumpulan C selepas lima perlawanan apabila mengutip lapan mata bersama pasukan Kedah di tangga kedua, namun dibezakan dengan perbezaan jaringan, sementara JDT di kedudukan ketiga dengan enam mata.

Pasukan bimbingan K.Devan hanya perlu seri malam ini bagi memastikan tempat mereka di peringkat suku akhir terjamin.

“Nasib pasukan kini di tangan pemain. Jika kami dapat mengharungi 90 minit terakhir ini dengan baik dan penuh disiplin, saya yakin kita mampu untuk mara sekali gus melakar sejarah tersendiri dalam Piala Malaysia,” tambah Devan.

Pada pertemuan pertama sebelum ini, MIFA berjaya mengejutkan JDT di halaman sendiri apabila mencatat kemenangan 2-1 di Larkin.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan MISC-Mifa menentang Johor Darul Ta’zim malam ini? Mampukah Mifa mengutip satu mata sekaligus menempah tiket ke saingan suku akhir? Atau JDT akan mencatat tiga mata penuh sekaligus menafikan kemaraan Mifa?

642 total views, 6 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This