Malaysia Bawah 16 Siap Siaga Untuk Ke Piala Dunia

Malaysia Bawah 16 Siap Siaga Untuk Ke Piala Dunia

Jika skuad 2014 Malaysia diperkuatkan dengan deretan pemain berbakat, kini skuad 2018 kendalian Lim Teong Kim lebih menekankan aspek kekuatan berpasukan bagi menghadapi Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 16 tahun (B-16), bermula Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa skuad B-16 tahun adalah generasi emas negara, beliau lebih mempercayai pemain skuad 2014 sebenarnya lebih berkualiti dan memiliki bakat semulajadi terbaik.

“Skuad S Balachandran yang terkandas di suku akhir pada tahun 2014 pada hemat saya adalah generasi pemain yang lebih berbakat.

“Skuad kendalian Teong Kim pula lebih banyak bergantung kepada gerakan berpasukan dan mempunyai disiplin taktikal yang tinggi. Tetapi masalah pasukan ini ialah keyakinan diri. Mereka perlu lebih yakin dan berani untuk bersaing dengan pasukan seperti Jepun dan Korea Selatan.

Mereka harus mengelak daripada sindrom ‘bunuh diri’ seperti yang terjadi ketika tewas kepada Jepun ketika kelayakan AFC tahun lalu,

Beberapa pemain daripada skuad 2014 berjaya mencipta nama dalam saingan Liga Malaysia seperti R.Kogileswaran (Pahang), Muhammad Haziq Nadzli (JDT) dan Najmuddin Samat (JDT III).

Pada masa yang sama, Safirul juga melaungkan keyakinan bahawa skuad kendalian Lim Teong Kim mampu untuk beraksi dengan cemerlang kerana mempunyai penyerang yang mempunyai kualiti terbaik.

“Pasukan ini mempunyai tiga pemain serangan yang amat pantas dan berbakat besar. Luqman Hakim, Amirul Azzim dan Najmuddin baru berusia 15 tahun. Sekiranya mereka berada pada prestasi terbaik, mereka boleh merobek pertahanan mana-mana pasukan kebangsaan di Asia,” tambah Safirul.

Malaysia akan memulakan kempen berdepan Tajikistan pada Khamis ini, diikuti aksi menentang Thailand tiga hari kemudian dan perlawanan terakhir bertemu Jepun pada 26 September.

Ketiga-tiga perlawanan itu dijadual berlangsung pada jam 4.40 petang di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pada pandangan admin skuad 2018 juga merupakan skuad terbaik yang Malaysia ada bagi misi melayakkan diri ke Piala Dunia Bawah 17 tahun. Admin yakin Malaysia mampu melangkah ke perlawanan separuh akhir.

3,138 total views, 33 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This