Lee Tuck Bergabung Dengan Harimau Malaya??? Sesuai ke??

Bekas pemain import Negeri Sembilan dan Terengganu FC dikatakan berminat untuk bergabung dengan Harimau Malaya sekiranya diberikan peluang untuk menyarung jersi kebangsaan. Perkara ini tercetus kerana Lee Tuck mempunyai darah Malaysia melalui Ibunya.

Dengan tercetusnya idea ini adakah korang rasa pemain kelahiran England unu sesuai untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya sekaligus beraksi bersama pasukan kendalian Tan Cheng Hoe ini.

Dengan kesediaan Tuck untuk berseragam Harimau Malaysia, ianga menimbulkan satu persoalan. Sesuaikah pemain kelahiran England ini beraksi untuk pasukan kebangsaan di bawah kendalian Tan Cheng Hoe ?

Sejak tahun 2014, peminat mahukan pemain naturalisasi diberikan peluang untuk tampil bersama pasukan kebangsaan. Antara pemain naturalisasi yang telah diberikan peluang untuk membuat penampilan ialah ketua pasukan Pahang, Matthew Davies, Junior Eldstal, Darren Lok dan Natxo Insa.

Namun begitu, tidak semua pemain naturalisasi ini berjaya memberi impak positif kepada pasukan negara.

Hanya Matthew Davies sahaja yang selalu menjadi pilihan untuk diturunkan terutamanya bagi pasukan bawah 23 tahun negara. Lok dan juga Eldstal sudah tidak nampak kelibat mereka manakala Natxo Insa hanya bermain satu perlawanan sahaja.

Kini, ada dua nama yang dicadangkan untuk dipanggil mewakili pasukan negara di peringkat antarabangsa. Dua nama tersebut ialah Lee Tuck dan pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh yang dikhabarkan telah mendapat kerakyatan Malaysia.

Dalam situasi Lee Tuck ini, jika kita lihat, di bahagian tengah sudah ada empat pemain yang dilihat mampu untuk mengisi posisi tersebut. Empat pemain yang dimaksudkan ialah Nazmi Faiz Mansor, Nor Azam Azih, Akram Mahinan dan Irfan Zakaria.

Kehadiran Lee Tuck bakal memberikan Tan Cheng Hoe lebih banyak pilihan untuk mengukuhkan bahagian tengah. Dengan pengalaman yang beliau miliki, ianya sedikit sebanyak boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan kebangsaan.

Kami berpendapat Tuck boleh dipertimbangkan untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa walaupun kehadiran beliau hanya untuk short term sahaja. Ini kerana pasukan senior negara perlukan sesuatu yang boleh mencipta impak dalam jangka masa pendek bagi mengembalikan semula kepercayaan para peminat.

Apa pendapat anda mengenai hasrat Lee Tuck untuk menyarung jersi Harimau Malaya sekiranya beliau diberikan peluang oleh Tan Cheng Hoe ? Adakah kehadiran beliau mampu memberikan impak kepada pasukan kebangsaan ?

Atau pemain sedia ada sudah cukup baik untuk membawa cabaran pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa ?

3,315 total views, 30 views today

1 thought on “Lee Tuck Bergabung Dengan Harimau Malaya??? Sesuai ke??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This