Keindahan Beraya di Aidilfitri.

Keindahan Beraya di Aidilfitri.

Helo guysss. Musim raya nii. Apa yang korang terfikir bila bercakap tentang raya? selain duit raya la guysss. Korang memang fikir duit raya pun kan. Tak kira padahal dah tua bangka kot. Almaklumlah raya ni kan semua tahu nak meraikan kemenangan selepas sebulan puasa. Sebulan puasa, sebulan juga ada terawih. Haaa.. pergi ke tak terawih tu? Sebulan je dalam setahun ada kalau nasib baik boleh jumpa dua kali setahun. Guys, pergilah kejar kumpul pahala yang banyak tuuu. Sapa nak bagi free kan.?? Dah macam bagi ceramah pulak.

Oklah bila bercakap pasal raya. Perkara pertama yang korang mesti fikir mestilah duit raya, makanan, makanan dan makanan sampai baju raya pun tak muatkan??. Maklumlah Sebulan puasa kan, tiba hari yang boleh makan je. Apa lagi. Tibai sehabis boleh. Boleh la puasa tu macam nak kurus sikit. Macam je la. Tetibe haaaa. Nafsu makan tu membuak kan. Makanan hari raya bukan ada selalu kan. Apa salahnya setahun sekali. Ke setahun sebulan?

Bukan tu je, bila raya. Korang mesti terfikir salah satu benda paling bestttt sebelum raya tu. Sebulan ada bazaar Ramadhan guysssss. Sebulan tu hari-hari korang boleh pergi bazaar Ramadhan yang macam pasar malam tu. Semua makanan korang boleh beli. Yang peliknya, time ni jugak lah semua
makanan tu baru rasa terliur nak beli. Time-time biasa takda la pulak nak beli. Contoh apa yang famous time bulan puasa ni? Kuih tepung pelita, roti john la, roti jala, murtabak dengan macam-macam lagi lah. Fuh, penat bercerita pasal makanan.

Tapi kan, korang tau tak apa yang lagi best? Bila dapat balik kampung la guys. Apa seronok beraya di bandar. Mesti kene sambut hari raya aidilfitri kat kampung . Tapi kejap, ada yang takde kampung. Kampung korang dekat bandar. It’s okay. Kat mana kita beraya tu takpa. Janji dengan siapa kita
beraya. Baru la melengkapi hari raya kita kan? Bagi yang balik kampung, apa yang best balik kampung? Weh mana tak best weh, situ lah tempat membesar korang kan? Tak pun setiap tahun beraya korang balik situ, situ la tempat bermain dekat sawah padi ke, masuk hutan ke, masuk kebun
tok atau wan. Heaven weyyy.

Tapi nak tau tak apa yang lagi heaven? Bila korang dapat makan makanan yang memang special dan makanan tu cuma ada dekat kampung korang tu je. Lagi-lagi bila korang balik, mulalah mak atau tok korang sibuk-sibuk nak siapkan masakan yang sedap-sedap untuk semua. Ya lah, dorang pun excited dengan ramai orang balik dekat kampung. Baru ada semangat nak masak banyak-banyak, sedap-sedap kan?

Lagi satu yang best bila sambut raya ni bila semuaaaaaa adik beradik, sedara mara, sepupu sepapat, cucu cicit berkumpul bawah satu bumbung. Time ni laaa nak mengeratkan lagi silaturrahim tu.

Kadang-kadang nama je duduk satu negeri. Tapi jumpa pun tak pernah. Masing-masing sebok buat hal masing-masing kan. Lepastu, siap tidur berjemaah dekat ruang tamu. Seronok tu seronok juga kan guys, tapi. Ada juga benda yang kurang seronoknya. Tahu apa? Satu…

Bila korang nak kena drive balik kampung korang tu. Contoh korang bekerja dekat Johor, kampung dekat Kedah. Fuhhh, mahu kebas punggung lama-lama drive wey. Itu baru drive biasa je. Belum lagi tempuh jammed wey. Jammed dengan musim perayaan memang takkan terpisah guys. Memang takkan. Bukan tu je, kadang-kadang ahli keluarga korang pun makin bertambah. Pakcik ni makcik tu ada anak baru. Means korang ada sedara baru la. Pastu ada yang siap ada isteri atau suami pulak.

Makin bertambah keluarga korang. Tapi Baguslah tu,sebab kan benda bagus keluarga korang berkembang. Tapi,kadang-kadang sampai korang takde tempat nak tido kan? Sempit. Sana-sini dah penuh orang pulak. Jadi apa yang korang patut buat kalau time macam ni? Haaaa tanya pulak. Time ni la patut korang bukak Traveloka dan book dengan dorang. Tak payah dah susah-susah nak drive jauh, lama dengan hadap jammed. Book flight dengan Traveloka, dorang ada buat deals yang sangat menarik dan berpatutan sempena raya ni. Bukan tu je, deals untuk hotel pun ada guys. Sempena raya ni, korang boleh book untuk elakkan kesesakan dan kesempitan kat kampung tu. Jadi. Apa lagi? Travelokalah.

4,206 total views, 6 views today

3 Replies to “Keindahan Beraya di Aidilfitri.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This