Tabung Harapan Malaysia Bukti Rakyat Peduli

Pertama kali bila melihat artikel mengenai Tabung Harapan Malaysia, pertama kali ana rasakan terharu dan hati membuak² untuk bersama² bangun membantu Kerajaan bagi menyelesaikan masalah hutang negara.

Tabung Harapan Malaysia (THM) ini pada mulanya dicadangkan oleh seorang netizen bagi membantu menyelesaikan masalah dan bebanan yang terpaksa ditanggung kerajaan sekarang daripada kerajaan yang lalu.

Walaupun ada yang mengecam tetapi ternyata lebih ramai rakyat Malaysia yang sayangkan negara kita dan ambil peduli bagi membantu membangunkan negara.

Sebenarnya Malaysia bukanlah negara pertama yang buat tabung nie, Korea Selatan juga pernah membuat tabung ini bagi membantu membangunkan negara mereka pada suatu ketika dahulu.

Dan ana juga ada terbaca kat twitter yang mana ada seorang rakyat Palestin juga turut sama menyumbang ke THM ini.

Malu beb yang mengecam kewujudan tabung nie sebabnya orang luar pun ramai je yang support tapi kita rakyat Malaysia ada yang mengecam.

NOTA PENTING : Sebarang update terkini mengenai Tabung Harapan Malaysia, boleh rujuk sini : KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Buat sahabat² yang mungkin berlainan parti politik dan rasa nak mengecam je kerjanya, rasanya masa inilah kita buang segala fahaman dan ketaksuban kita dan masa inilah Malaysia perlukan sokongan kita.

Siapa lagi yang nak membantu membangunkan negara kita kalau bukan kita sendiri.

Nak derma atau tak itu hak masing² sebab duit masing² yang oenting kurangkan mengecam dan jadilah insan yang positif bukan sahaja demi negara tetapi demi bangsa dan agama

4,512 total views, 12 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This