McDonald’s Malaysia Meraikan Anak Yatim Majlis Berbuka Puasa

McDonald’s Malaysia Meraikan Anak Yatim Majlis Berbuka Puasa

Alhamdulillah berkesempatan berbuka puasa bersama anak² yatim anjuran McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang meraikan anak² yatim di perkarangan Masjid Kampung Raja Uda, Klang.

Walaupun berlangsung dalam suasan hujan, ianya sedikit pun tidak merencatkan majlis ini daripada berlangsung dengan penuh kemeriahan.

Program Kebajikan (CSR) kali ini berjaya menghimpunkan seramai 500 orang anak yatim daripada 12 rumah anak yatim yang diraikan bersempena menyambut bulan Ramadan.

Majlis bermula dengan penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak yatim sementara menunggu waktu berbuka puasa seterusnya berbuka dan bersolat maghrib hinggalah Tarawikh secara berjemaah di majlis ini.

Setiap rumah anak yatim mendapat sumbangan sebanyak RM10k manakala anak² yatim mendapat duit raya sebanyak RM40 seorang iaitu sumbangan duit raya daripada McDonald’s Malaysia sebanyak RM20 dan RM20 lagi hasil sumbangan peribadi Dato’ Bakhtiar Hussin iaitu Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Selain Program berbuka puasa juga, McDonald’s Malaysia banyak terlibat dengan program CSR yang lain dan antaranya menaja majlis moreh di surau² dan masjid² seluruh Malaysia, tajaan moreh di 26 institusi pengajian tinggi, agihan kurma dan air untuk berbuka puasa kepada orang awam di stesen LRT terpilih.

Antara menu berbuka puasa dan yang paling penting ada menu baru McDonald’s iaitu Nasi McD pada majlis berbuka puasa ini.

Usaha murni yang dilakukan oleh McDonald’s ini wajar dicontohi oleh syarikat korporat yang lain bukan sahaja pada bulan Ramadan ini tapi juga bolehlah dilakukan dalam bulan² lain yang mana sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban rumah² anak yatim ini.

Terima kasih dan syabas sekali lagi kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Masjid Kampung Raja Uda kerana telah menjayakan program iftar kali ni.

Berikut adalah senarai Rumah Kebajikan yang telah dijemput dalam program ini :

– Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakun (PEKEAS), Rawang.
– Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Yatim Selangor, Petaling Jaya.
– Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Klang.
– Rumah Amal Baitul Kasih/Baitul Fitrah, Rawang.
– Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Klang.
– Persatuan Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang, Kuang.
– Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting.
– Rahoma Darul Fakir, Subang.
– Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh.
– Rumah Anak-anak Yatim An-Nasuha, Batu Caves.
– Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Hijrah, Hulu Langat.
– Pusat Jagaan Siraman Kasih, Rawang.

3,099 total views, 27 views today

One Reply to “McDonald’s Malaysia Meraikan Anak Yatim Majlis Berbuka Puasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This