Semarak Ramadhan di RHR Hotel @ UNITEN

Semarak Ramadhan di RHR Hotel @ UNITEN

Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, dan pastinya korang akan mencari tempat untuk berbuka puasa bersama seisi keluarga.

Dan kali ini ana nak sharekan dengan korang semua satu tempat yang boleh korang pilih sebagai tempat untuk berbuka puasa nanti.

Semarak Ramadhan RHR Hotel @ UNITEN

Membawakan tema Semarak Ramadhan, RHR Hotel @ UNITEN menyediakan lebih kurang 21 gerai konsep coffee house dan ianya mampu memuatkan seramai 500 ke 700 orang dalam satu² masa.

Sebanyak 200 hidangan halal boleh didapati di RHR Hotel ini yang korang boleh makan dan pilih, dan yang paling menarik adalah banyak lauk selera kampung yang korang boleh nikmati sepanjang bulan Ramadhan nanti, jadi dapatlah melepaskan rasa rindu berbuka puasa di kampung halaman.

Antara menu dan juadah menarik yang korang boleh nikmati di sini..

 

Roti Awang @ Roti John antara pilihan utama di RHR Hotel

Selain itu juga terdapat beberapa pilihan desserts dan kuih muih

Dengan semua menu yang menyelerakan dan suasana tempat yang tenang, korang boleh dapatkannya dengan harga yang agak murah.

Bagi dewasa hanya RM69.00 seorang manakala RM35.00 bagi kanak-kanak. Bagi warga emas yang berusia 60 tahun ke atas pula 30% potongan akan diberikan sepanjang bulan puasa ni.

Jadi tunggu apalagi, rasanya korang dah boleh letakkannya antara tempat berbuka puasa dalam checklist korang untuk bulan Ramadhan nanti.

Korang boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi mereka di 603-8922 2088 sambungan 8036/8013 atau boleh terus menghantar e-mail kepada dahlia@rhrhotel.com.

Km 7,
Kampus Putrajaya Universiti Tenaga Nasional, Jalan IKRAM-UNITEN, 43009 Kajang, Selangor Darul Ehsan

6,619 total views, 3 views today

2 Replies to “Semarak Ramadhan di RHR Hotel @ UNITEN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This