Mendalami ilmu Videofon Bersama Kak Kay dan Photolicious

Mendalami ilmu Videofon Bersama Kak Kay dan Photolicious

Alaaa, belajar video je pun, semua orang boleh buat kot, tak payahlah masuk bengkel sebab korang buka smartphone korang pastu tangkap je video kan??

Tapi ternyata selepas masuk Bengkel Videofon bersama Kak Kay ataupun Kamalia Kamal ini baru aku tahu yang sebenarnya aku tak tahu apa langsung pasal video. Memang zero habislah.

Dan aku juga dapat rasakan yang sahabat blogger Kbba9 yang semakin kreatif dalam menghasilkan video menggunakan smartphone masing².

Rasanya baru 1% je ilmu yang dikongsikan Kak Kay dalam bengkel ini tapi ianya tetap mampu mengubah dan memberikan aku idea cara untuk menghasilkan video yang baik dan memberikan impak kepada readers di instagram mahupun facebook.

Dan sekarang nie yang paling positif aku nampak dekat instagram dan facebook story terutamanya semakin ramai yang akan tengok berbanding video yang aku main tangkap muat dan letak kat story aku.

Siapakah yang harus sertai bengkel ini

Dah pastinya kita yang perlu sertai terutama bagi mereka yang berniaga online dan juga blogger sendiri. Sebab apa??? sebab orang sekarang lagi suka layan video berbanding tengok sesuatu yang tak bergerak iaitu gambar.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Kak Kay atau Kamalia Kamal ini, korang bolehlah rujuk terus kat Instagram dan facebook beliau

 

2,813 total views, 3 views today

6 Replies to “Mendalami ilmu Videofon Bersama Kak Kay dan Photolicious”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This