Juadah Malaysia To The World di The View Cafe, Best Western i City Shah Alam
Baru² ini ana berkesempatan untuk mencuba sendiri juadah yang bakal disediakan di The View Cafe, Best Western i City Shah Alam. bersempena untuk menyambut bulan mulia Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Bertempat di tingkat 5, Best Western i City Shah Alam ini pastinya memberikan suasana tenang dan permandangan panorama yang cantik di malam hari dengan lampu² warna warni i City semasa kita hendak berbuka puasa nanti.

Menu Menarik yang terdapat di Best Western i City
Ana diberitahu yang menu yang disajikan semasa malam itu hanyalah 60% sahaja daripada hidangan yang akan disajikan khas buat korang semasa bulan Ramadan nanti.
Ada banyak stall korang boleh pilih untuk makan nanti sebab memang banyak menu² menarik yang pastinya buat korang semua kekeyangan dan balik dalam keadaan yang gembira.
Ini baru sikit ana sharekan juadah yang terdapat di sini. Sebenarnya banyak lagi makanan dan juadah yang terdapat di sini tapi makanan yang ana share nie antara makanan ataupun juadah pilihan ana sebab memang kena sangatlah rasanya dengan anak tekak ana yang comel nie.
Terus lupa yang ana nie sekarang dalam mode diet bila perkena makanan di sini.
Tentu ramai yang rasa tentu mahal makan di sini, betul tak??? sebenarnya harga dia boleh tahanlah lagi, kira antara yang termurah di Shah Alam.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-5521 9000 atau emel ke enquiry@bestwestern-icity.my
498 total views, 29 views today