Rasa Tenang di Peladang Setiu Agro Resort

Bagi kita yang sentiasa berada dalam kesibukan ibu kota pada setiap hari pastinya mampu akan membuatkan kita stress  dengan suasana persekitaran yang bising dan pencemaran udara daripada asap² kenderaan setiap hari.

Tenangnya Berada di Peladang Setiu Agro Resort

kredit gambar Azura Amazing Terengganu

Terasa tenang apabila ana menjejakkan kaki di Peladang Setiu Agro Resort yang mana resort ini terletak di sebalik kebun kelapa sawit dan juga berdekatan dengan kawasan hutan yang pastinya mengamitkan suasana tenang selain permandangan keindahan alam floranya.

Apa Yang Menarik di Peladang Setiu Agro Resort

Kitaorang telah diberikan bilik view tasik yang sangat cantik permadangannya terutama pada waktu pagi. memang lain macam rasanya apabila bangun pagi duduk di beranda melihat permandangan tasik sambil menghirup udara yang segar..Memang lain macam rasanya.

Resort ini mempunyai sebanyak 82 bilik  berkonsepkan chalet seperti New Link Chalet, Garden Chalet, Pool View Chalet, Deluxe Chalet, Deluxe VIP, Deluxe Family dan VIP Suite.

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan di Peladang Setiu Agro Resort

Resort ini bersesuaian bagi mereka yang ingin mengadakan aktiviti teambuilding kerana pelbagai aktiviti teambuilding boleh diadakan disini.

Selain itu, jika membawa keluarga ke sini juga pastinya akan memberikan pengalaman yang baharu kepada korang dengan melakukan aktiviti seperti Flying Fox, water confident, berkayak, Night Jungle Trekking, mencari kepah, lokan dan scallop dan bermacam lagi yang pastinya boleh mencabar minda kita terutamanya anak².

Yang pastinya korang tak perlu risau dengan segala aktiviti ini kerana ianya diseliakan oleh jurulatuh yang berpengalaman. Nak tahu apa yang geng Kbba9 lakukan sepanjang berada di resort ini??? nantikan entry seterusnya tau.

Kalau nak datang sini atau nak tahu lebih lanjut mengenai resort ini, boleh hubungi nombor yang tertera dibawah ini:
PELADANG SETIU AGRO RESORT
Alamat: Lot 3912, Guntong, 22040 Setiu, Terengganu Darul Iman.
Telefon: 09-692 0059/09-692 0039/09-692 0017/019-919 2240
Email: peladang_agroresort@yahoo.com
Website: www.agroresort.com
Facebook: Agroresort Setiu Terengganu

3,444 total views, 6 views today

1 thought on “Rasa Tenang di Peladang Setiu Agro Resort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This