JK1M Buat Aku Aktif Bersukan Kembali

JK1M Buat Aku Aktif Bersukan Kembali

Dahulu masa mula mengenali Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) kelolaan Kevin Zahri nie, ana mati² ingatkan program ini hanya memfokuskan untuk kurus semata² dan pastinya hanya di habiskan dalam dewan untuk workout semata² tetapi segalanya itu meleset sama sekali selepas ana join team Shah Alam 2 kelolaan Coach Syukri dan Ain Nadra.

Kenapa Shah Alam 2 Team JK1M Yang Korang Harus Join

Sebenarnya ada banyak team yang korang boleh pilih untuk JK1M dan team yang ana pilih adalah team Shah Alam 2 ataupun nama lainnya Shah Alam Fighter.

Kenapa ana suggestkan korang join team nie??? Sebabnya korang akan menghabiskan 6 minggu ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan bukan semata² menghabiskan masa dengan workout dalam dewan semata.

Selain itu, coach juga akan monitor korang dan akan berkongsi segala tips terutama bab pemakanan yang membolehkan korang bukan sahaja menurunkan berat badan tapi dapat mengamalkan cara hidup permakanan yang sihat.

Ohlimpik JK1M buat korang aktif bersukan

Shah Alam Fighter juga tidak terkecuali untuk menyertai Sukan Ohlimpik yang dianjurkan oleh JK1M ini yang mana team² JK1M seluruh Malaysia akan berentap bagi mendapatkan kejuaraan buat pasukan mereka.

Kebanyakkan daripada peserta JK1M yang sebelum ini kurang bersukan pastinya akan jatuh cinta untuk aktif bersukan selepas ini terutamanya sukan Dodgeball yang menjadi kegilaan setiap peserta JK1M, senang cerita memang sukan nombor 1 lah Dodgeball nie.

Korang yang rasa macam ada niat nak kurus dan sihat tapi tak tahu nak mulakan, ana suggestkan untuk join JK1M nie sebabnya korang pasti takkan menyesal punyalah.

Untuk sertai Team Shah Alam 2 korang bolehlah terus direct dengan coach Syukri di talian 011-28175445

2,964 total views, 15 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This