Ini Yang Terjadi Selepas 5 Bulan Menggunakan Shatavari Himalaya

Alhamdulillah hari ini genaplah 5 bulan zaujah ana menggunakan Shatavari daripada Himalaya untuk bagi menambahkan pengeluaran susu untuk Cik Piya.

 

Ada yang mengatakan apabila baby sudah menjangkau usia 6 bulan dan ke atas pada masa ini, si kecil kita dah mula jarang minum susu badan umminya, dan disebabkan itu jugalah, zaujah berterusan mengambil Shatavari bagi mengelakkan daripada kurangnya susu kerana Cik Piya yang mula kurang minum susu terus direct tetapi hanya minum susu yang telah di pam.

Kesan Selepas 5 Bulan Mengamalkan Shatavari Himalaya.

Alhamdulillah setelah 5 bulan mengamalkan pengambilan shatavari ini, yang ana nampak susu sentiasa ada dan zaujah juga mengadu adakalanya sampai bengkak susu apabila Cik Piya kurang minum ataupun tiada masa untuk mengepam susu di pejabat.

Jadi disebabkan itu juga, zaujah telah mendaftar sebagai ahli di Himalaya Sunway Pyramid bagi mendapatkan bonus dan penjimatan bagi pembelian seterusnya.

Kelebihan Shatavari

1.Shatavari sejenis herba dalam Ayurveda digunakan beribu tahun sebagai satu ubat reproduktif wanita dengan menyegarkan dan memelihara organ pembiakan wanita.
2. Penyusuan menyokong kepada ibu-ibu baru dengan meningkatkan paras hormon prolaktin.
3. Membantu mengatasi keletihan, kesihatan mental dan fizikal, menyegarkan badan.
4. Membantu dalam memulihkan kestabilan hormon wanita semasa dalam pantang.
5. Menyokong pengeluaran normal susu badan.
6. Melegakan gejala menopaus.
7. Menyokong sistem penghadaman dan imun.
8.Digunakan di India sebagai satu herba yang sering digunakan untuk wanita.

Dan yang bestnya bukan sahaja tambah susu badan, tetapi shatavari ini juga adalah untuk dalaman wanita dan bagus dalam menyuburkan wanita .

Ibu-ibu kat luar sana yang mempunyai masalah kekurangan susu badan bolehlah cuba shatavari nie…InsyaAllah mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi korang.

Facebook: HimalayaHealthcare
Instagram : himalayamalaysia

 

2,401 total views, 2 views today

3 thoughts on “Ini Yang Terjadi Selepas 5 Bulan Menggunakan Shatavari Himalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This