Habiskan Masa Hujung Minggu Dengan Aktiviti Menarik di Peladang Setiu Agro Resort

Pelbagai aktiviti yang pastinya mengujakan korang semua apabila memilih untuk bermalam di Peladang Setiu Agro Resort. Dan antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah menangkap hasil laut seperti kepah, scallop dan Lokan, berkayak, flying fox, jungle trekking, water confident dan pelbagai lagi aktiviti yang ternyata mengujakan kita.

Flying Fox di Peladang Setiu Agro Resort

Antara aktiviti yang telah kitaorang lakukan di sini adalah Flying Fox yang mana pastinya mampu mengawal perasaan takut korang dengan ketinggian. Dan yang bestnya Flying Fox disini, korang boleh melihat kehijauan dan ketenangan disekitar kawasan Peladang Setiu Agro Resort ini.

Aktiviti Menangkap Scallop, Kepah dan Lokan di Laguna Agro Resort

Korang juga pastinya akan teruja apabila diberikan peluang untuk mencuba sendiri pengalaman menangkap Scallop, kepah dan Lokan di Laguna Agro Resort. Bukan Senang sebenarnya nak tangkap 3 spesis hiduoan laut nie, nemang patutlah harganya agak mahal.

Jungle Trekking Di Peladang Setiu Agro Resort

Aktiviti malam pula, kitaorang telah dibawa berjalan-jalan memasuki hutan yang berada berdekatan dengan Peladang Setiu Agro Resort.

Water Confident Dan Berkayak

Water Confident dan berkayak nie kitaorang lakukan pada hari terakhir di Peladang Setiu Agro Resort. Memang berdebar² nak lakukan water confident nie, mana taknya sebab ana nie bukannya pandai berenang, takut tenggelam je nanti.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang korang boleh lakukan di sini, cumanya masa tulah sempat ataupun tidak, pastinya inilah antara pengalaman terbaik yang ana boleh kenangkan sepanjang berada di Peladang Agro Resort ini.

5,424 total views, 15 views today

2 thoughts on “Habiskan Masa Hujung Minggu Dengan Aktiviti Menarik di Peladang Setiu Agro Resort

  1. Good day Menghabiskan Hujung Minggu Dengan Pelbagai aktiviti di Peladang Setiu Agro Resort

    Brand New E-commerce Bizopp Offer!
    Converting Like Crazy! Make Upto $844 In Commissions!
    Just Launched – Get In Now!
    Read More: http://bit.ly/eCom_Profit_Sniper

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This