Bengkel Fotofon KBBA9

Bengkel Fotofon KBBA9

Fotofon semakin menjadi kegilaan bagi pengemar seni fotografi terutamanya buat anak muda pada masa kini. Jika tidak takkanlah pengeluar telefon pintar bersaing untuk memastikan mereka mampu menghasilkan telefon pintar yang mempunyai kamera terbaik.

Bengkel Fotofon KBBA9 bersama Sony Malaysia dengan kerjasama Matic dan Cosmoderm

Bengkel Fotofon ini telah dikendalikan oleh Encik Rahman. Beliau bermula sebagai photojournalist sejak tahun 2006. Sejak itu beliau telah mengorak langkah dalam pelbagai kategori fotografi daripada dokumentari sehinggalah ke pengiklanan.

Mudah untuk memahami seni fotofon ini sebabnya gaya bahasa yang digunakan oleh Encik Rahman ini begitu mudah untuk difahami terutama kita yang masih baru dalam dunia fotogtafi nie.

Kalau sebelum ini, kalau ana tangkap gambar main belasah je dan yang paling penting mesti mode automatik, sebab ana ingat sama je hasilnya mode automatik dengan manual tak ada bezanya pun.

Tapi rupa²nya semua yang ana sangkakan sebelum ini ternyata meleset. best juga rupanya tangkap gambar menggunakan mode manual sebab gambar akan lebih cantik dan setanding dengan kamera DSLR.

3 Teknik ini perlu dikuasai hasilkan gambar fotofon yang baik

Dan dalam bengkel ini juga baru ana tahu apa itu aperture, ISO dan Shutter Speed.

1- Aperture – Aperture adalah bukaan diafragma pada lensa kamera. Biasanya nilai aperture ini pada smartphone korang biasanya f/2.6 hingga f/1.8

2- Shutter Speed – Dalam fotografi, kelajuan shutter speed adalah berapa panjang masa apabila sensor digital kat dalam camera terdedah kepada cahaya dan juga apabila camera shutter terbuka mengambil gambar.

3. ISO – Dalam fotografi digital, ISO mengukur sensor imej terhadap sensitif pencahayaan. Semakin rendah kita setting cahaya kat camera handphone korang, maka semakin kurang lah cahaya bintik-bintik halus yang warna putih tu kat gambar yang korang akan snap nanti.

Selain itu korang juga perlu tekankan 5 elemen ini sekiranya ingin menghasilkan gambar menarik daripada telefon pintar korang :

* Light
* FrameRule of third
* Foreground
* Reflection
*Perspective line

Selepas masuk bengkel ini terus ana terasa eksited untuk menangkap momen di kamera telefon pintar ana nie.

hasil gambar daripada Xiaomi Redmi 4A

Terima Kasih Penaja

Pertama ana mengikuti kursus dapat makan makanan yang sedap² belaka sampaikan habis diet ana pada hari tu.

Boleh dikatakan 5 bintang juga makanan yang diberikan oleh pihak penaja daripada sarapan, minum pagi sehinggalah makan tengahari.

Terima kasih kepada Restoran Nelayan Gombak, Cafe Cerita Kambing, KhaisyaDelite, Tasty_Bake, IraBakery, dan BrillPremiumCoffee yang sudi menaja makanan dan minuman pada bengkel ini.

3,257 total views, 2 views today

4 Replies to “Bengkel Fotofon KBBA9”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This