Pengalaman Bermain Dodgeball

Pengalaman Bermain Dodgeball

Pertama kali mengenali permainan Dodgeball ini adalah semasa bermain dalam Tournament Selebriti and Media JK1M yang diadakan pada hari sabtu yang lalu.

Dalam Kejohanan tersebut, kitaorang telah dibahagikan kepada beberapa pasukan dan setiap pasukan akan ada seorang selebriti, seorang rakan media, seorang pemain dodgeball Malaysia bersama dengan peserta dan bekas peserta JK1M yang lalu.

Salina Saibi Dodgeball Team

ana telah diletakkan di dalam satu kumpulan bersama pelakon yang sedang popular dengan cerita Gerak Khas iaitu Salina Saibi, kitaorang telah diletakkan di dalam kumpulan C.

Dalam Perlawanan ini Kitaorang telah berjaya mencatatkan satu kemenangan tapi tumpas 2 perlawanan dan satu perlawanan tu ana tumpas kepada pasukan kak long kawasan Kbba9 iaitu kak Saidila.

Penat Tapi Menyeronokkan Bermain Dodgeball

Boleh tahan penatnya bermain Dodgeball ini, korang kena banyak bergerak supaya korang tak terkena bola yang dibaling oleh pihak lawan kepada korang. Mula² nak main tu memang rasa takut, tapi lepas masuk gelanggang rasa macam tak nak keluar pun ada juga. Memang seronok habis main Dodgeball ini walaupun penat.

Cara Bermain Dodgeball

Jumlah pemain satu pasukan : 6 Orang
Jumlah bola : 6 biji bola
Tempoh masa permainan : 10 minit

Kitaorang menggunakan sepenuhnya gelanggang Futsal untuk bermain Dodgeball ini.

Pemainan dimulakan dengan 2 hingga 3 ahli dari setiap pasukan berlari mengambil 3 biji bola dari tengah-tengah gelanggang dan kemudian di pass kan ke belakang sebelum boleh mula membuat serangan. Pergerakan ini dipanggil “Opening Rush”. Pemain boleh membaling bola dari mana-mana posisi di dalam kawasan masing-masing asalkan berada di dalam garisan. Pemain akan dikira “mati” sekiranya terkeluar dari kawasan.

Pada kebiasaannya, pemain akan membaling bola dari tengah gelanggang supaya dapat membaling dengan kuat dan berdekatan dengan pihak lawan. Ketika membaling bola, pemain juga terdedah kepada serangan yang akan dibuat oleh pihak lawan kerana sesiapa sahaja boleh membaling pada bila-bila masa. Tiada konsep giliran membaling dalam permainan ni.

Situasi Apabila Pemain dikira “Mati”

  1. Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang serta merta apabila bola yang dibaling oleh pihak lawan terkena pada badan pemain. Bola yang telah menyentuh lantai terlebih dahulu sebelum terkena badan pihak lawan tidak dikira. Walau bagaimanapun pemain dikira “mati” walaupun terkena pada pakaian
  2. *Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang apabila pihak lawan berjaya menangkap bola yang dibaling oleh pemain.
  3. Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang sekiranya pemain terkeluar dari kawasan gelanggang

*Bola ditangkap oleh pihak lawan

  • Pemain yang sudah keluar dari pemainan boleh dimasukkan semula secara automatik apabila ahli pasukan berjaya menangkap bola yang dibaling oleh pihak lawan.
  • Susunan pemain yang boleh masuk serta merta adalah mengikut susunan ketika terkeluar (mati)
  • Pemain yang cuba menangkap bola pihak lawan tetapi bolanya terjatuh adalah dikira “mati” dan harus keluar gelanggang.

Bola juga boleh ditepis menggunakan bola lain sekiranya pemain tidak berhajat untuk menangkap bola yang dibaling oleh pihak lawan.  Ianya bergantung kepada strategi pemain samada untuk mengelak, menangkap bola ataupun menepis bola dengan bola lain setiap kali berhadapan dengan serangan pihak lawan.

Sukan Dodgeball ini juga boleh membantu membakar lemak kita kerana sepanjang permainan kita akan sentiasa bergerak. Dengan sukan ini bukan sahaja keseronokan boleh kita perolehi tetapi juga badan yang sihat.

890 total views, 0 views today

2 Replies to “Pengalaman Bermain Dodgeball”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This