Pasti Ingat Allah Bila Ada Anak Kecil

Pasti Ingat Allah Bila Ada Anak Kecil

Pastinya ramai pasangan di luar sana berlumba-lumba untuk mendapatkan zuriat bagi melengkapkannya menjadi sebuah keluarga yang lengkap.
Namun pernahkah kita terfikir akan hikmah dan kebaikan yang pasti kita akan perolehi apabila dikurniakan seorang cahaya mata hadir ke dalam hidup kita???

Dan apabila adanya anak kecil ini sedikit sebanyak mampu membuatkan kita lebih mengingati Sang Pencipta. Bukanlah ana nak cakap kalau tak ada anak kecil nie kita akan lupakan pada Allah tapi dengan anak ini akan buat kita bertambah ingat akanNya.

Kenapa ana berkata sebegitu rupa???

Berzikir

Kalau sebelum ini mungkin kita hanya berzikir selepas habisnya solat fardu ataupun mungkin tidak sempat berzikir kerana kesibukan yang membuatkan kita lalai, tapi apabila ada anak kecil nie, kita pasti akan kerap berzikir semasa anak menangis, semasa anak nak tidur, jadi zikir akan sentiasa ada di bibir kita.

Bangun Malam

Mungkin sebelum ini kita agak sukar untuk ber Qiamulail ataupun bangun pada malam hari untuk melakukan tahajud, tapi dengan kehadiran anak kecil kita akan membuatkan kita menjadi biasa untuk berjaga malam, jadi mungkin boleh jadi lepas nie kita akan kuat untuk bertahajud kepadaNya.

Sebenarnya banyak lagi hikmahnya dengan kehadiran cahaya mata kecil kita ini, sebabnya Allah menjadikan sesuatu pasti kerana ada sesuatu kebaikan di dalamnya.

Yang bapa² nie jangan malas sangat tolong isteri ye?? kesian si isteri kita berkerja siang malam untuk membantu kewangan kita dan juga menjaga si kecil kita.

458 total views, 0 views today

2 Replies to “Pasti Ingat Allah Bila Ada Anak Kecil”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This