Baru Tahu Cara Kurus Yang Sebenar Selepas Sertai Seminar Jom Kurus Kevin Zahri

Baru Tahu Cara Kurus Yang Sebenar Selepas Sertai Seminar Jom Kurus Kevin Zahri

Pada hari ahad yang lepas, ana gagahkan juga diri untuk turut serta menyertai Seminar Jom Kurus Kevin Zahri yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam. Mana tidaknya dahlah pagi tu macam nak hujan, hari ahad pula tu..macam² alasan yang ada menjadi penghalang untuk ana menjadi kurus.

Pagi itu, kitaorang terlebih dahulu melakukan Bhagra Dance dan tarian ini dikatakan berasal daripada India. Memang syok habis buat rutin senaman ini sebab memang tak rasa pun kepenatan.

Baru Tahu Cara Kurus Sebenar Selepas Sertai Seminar Jom Kurus Kevin Zahri

Kalau sebelum ini, mindset ana cakap kalau nak kurus mesti kena berlapar, nak kurus je kena skip makan nasi dan macam-macam lah lagi yang ana fikirkan dan yang pastinya apa yang ana fikirkan selama ini sebenarnya salah belaka, patutlah tak kurus² makin membesar adalah.

Dalam Seminar Jom kurus ini barulah ana tahu kalau nak kurus pun kena makan tapi pastikan kena ambil portion yang secukupnya iaitu mesti ada Karbohidrat, protein, fibre dan air secukupnya iaitu sekurang²nya 2-3 liter sehari.

Tak Susah Sebenarnya untuk bersenam

Di dalam seminar ini juga, para peserta diajar cara membuat pilate, squat dan senaman yang boleh dilakukan bukan sahaja untuk kurus tapi untuk sihat.

Yang paling pentingnya, tak mengantuk langsung masa mendengar Kevin Zahri bagi talk sebab memang kelakar habis rupanya mamat saleh celup nie bila berceloteh.

Korang kalau nak tahu lebih lanjut ke manakah Kevin Zahri akan tuju untuk Road tour Seminar Jom Kurus Kevin Zahri nie yang seterusnya, korang boleh tengok di Cabaran Jom Kurus Kevin Zahri

1,495 total views, 0 views today

4 Replies to “Baru Tahu Cara Kurus Yang Sebenar Selepas Sertai Seminar Jom Kurus Kevin Zahri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This