5 Pemain Yang Terkesan Dengan Kehadiran Alexis Sanchez ke Manchester United

5 Pemain Yang Terkesan Dengan Kehadiran Alexis Sanchez ke Manchester United

Semua maklum yang pasukan Manchester United telah pun berjaya mendapatkan khidmat pemain Arsenal iaitu Alexis Sanchez ke dalam skuad utama Manchester United.

Pemain kebangsaan Chile ini akan menyarung jersi keramat The Red Devils iaitu nombor 7. Namun disebalik keghairahan penyokong MU mengenai kehadiran pemain ini, ada 5 pemain United yang terkesan selepas kehadiran Sanchez ke pasukan itu.

1.Anthony Martial

Bekas pemain AS Monaco yang telah menyertai United tiga musim yang lalu dengan nilai perpindahan yang mahal, pemain antarabangsa Perancis itu boleh dikatakan mengatasi tekanan perpindahannya dan tidak menonjol selama dua musim pertamanya di EPL.

Namun, pada musim ini Martial membuktikan sebaliknya dengan beraksi cemerlang dengan berjaya mencetak gol.

Kepantasan menjadi senjata utama Martial dan telah meledak tiga gol dalam tiga perlawanan terakhir.

Martial kini telah menjaringkan 11 gol dalam 32 perlawanan, tiga gol lebih banyak dari musim lalu.

2. Juan Mata

Pemain kebangsaan Sepanyol ini sudah membuat 25 penampilan untuk United musim ini, kurang empat penampilan daripada Lingard dan tujuh penampilan kurang berbanding dengan Martial.

Namun, Juan Mata mengumpul 200 minit perlawanan lebih banyak daripada Lingard dan 70 minit lebih banyak dari Martial.

Media Inggeris melaporkan bahawa pemain berusia 29 tahun ini berkemungkinan akan meninggalkan United di penghujung musim nanti.

 

3. Marcus Rashford

Setelah bermain 1,900 minit, Marcus Rashford adalah pemain barisan hadapan yang paling kerap diturunkan selepas Romelu Lukaku. Dia sudah meledak sembilan gol dan telah melakukan lapan bantuan gol untuk musim ini.

Tetapi penampilan hebat pemain ini untuk Red Devils masih belum cukup meletakkan beliau sebagai penyerang utama untuk United.

Alan Shearer, penyerang terkenal Inggeris di era tahun 90an, mengatakan bahawa Rashford merupakan pemain yang paling terjejas dengan kehadiran Sanchez.

4. Zlatan Ibrahimovic

Ibrahimovic pastinya tidak akan mendapat peluang yang cukup banyak untuk bermain selepas kedatangan Sanchez terutamanya jika pemain Chile itu mampu memberi kesan yang besar kepada kelab.

Mourinho telah memainkan Ibrahimovic beberapa kali sebelum kecederaan lututnya kembali semula yang membuatkan pemain ini terpaksa berehat selama beberapa bulan.

5. Jesse Lingard

Empat tahun setelah debutnya bersama The Red Devils, Jesse Lingard kini telah menjadi bintang dalam Liga Perdana Inggeris dan telah membuktikannya dengan menjaringkan gol dan memberi bantuan gol buat pasukannya.

Dengan 11 gol, Lingard adalah penjaring kedua terbanyak pasukan di belakang Anthony Martial dan dia juga adalah pemain ke-12 yang paling kerap dimainkan oleh Mourinho musim ini (1,565 minit).

Lingard merupakan pemain yang cukup versatile walaupun usianya baru menjangkau 25 tahun dia mampu bermain di posisi kanan ataupun kiri.

2,044 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This