Liga Perdana Buat Aku Turun Stadium

Liga Perdana Buat Aku Turun Stadium

Bermula tahun 2013 merupakan detik hitam buat seluruh penyokong bola sepak Negeri Sembilan selepas pasukan hobin Jang hobin menamatkan saingan liga super ditangga tercorot liga yang sekaligus menjerumuskan Negeri Sembilan untuk beraksi di Liga Perdana ataupun Liga Premier Malaysia.

2014 Tahun Paling Kerap Aku Ke Stadium

Boleh dikatakan pada tahun nie aku paling kerap turun ke stadium. Orang lain kalau team tengah down ke apa, dia peduli apa. Tapi aku tak, masa nie lah aku buat kali pertama betul-betul serius menyokong pasukan Negeri tempat aku membesar nie.

Kutuk Mengutuk Pasukan Dah Lali dah…

Tahun demi tahun episod pasukan Negeri Sembilan nie sama je jalan ceritanya.. Gah pada awal saingan liga tapi masuk je ke pusingan kedua memang bersedialah untuk mengalami kehancuran sikit demi sikit sehingga gagal melayakkan diri kembali ke saingam utama Liga Malaysia iaitu Liga Super.

Bila pasukan dah main kat liga bawahan ataupun kumbahan bak kata sesetengah orang nie memang tak lali kena kutuk atau bahan dengan pasukan yang beraksi di saingan atas. Tapi takpe, yang penting aku tetap setia dengan pasukan ini.

IC Selangor Sokong Selangor lah Buat Apa Sokong Negeri Sembilan

Ini antara ayat yang selalu member-member bergurau dengan aku.. yela aku dilahirkan di selangor.memang anak jati selangor jadi lebih baiklah sokong Selangor kan. Pasukan pun antara yang Gah kat Liga Malaysia terutama di Liga Super, tapi mengapa ana tetap memilih Negeri???.

Semuanya mudah je, kerana jiwa dan mungkin juga kerana aku dibesarkan di Negeri Sembilan membuatkan aku sayang pasukan ini.

5 Tahun Basah Di Liga Perdana

Tahun 2018 merupakan tahun kelima NS akan beraksi di saingan Liga Perdana. Tiada apa yang berubah dan boleh dikatakan pasukan masih di takuk yang lama. Cuma apa yang ana harapkan pada tahun hadapan ialah layak ke Liga Super itu je, walaupun tahu mungkin mustahil jika pengurusan masih ditakuk yang lama.

389 total views, 13 views today

2 Replies to “Liga Perdana Buat Aku Turun Stadium”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This