Atasi Ketakutan Di Night Of Fright 5 Sunway Lagoon.

Atasi Ketakutan Di Night Of Fright 5 Sunway Lagoon.

Korang seorang yang penakut??? Seorang yang agak berani??? Ataupun seorang yang ingin melepaskan stress??? Kalau korang ada benda nie korang bolehlah berkunjung ke Sunway Lagoon untuk turut serta di Night Of Fright 5 yang diadakan sehingga 31 Oktober ini sahaja (jumaat hingga ahad sahaja).

Pada hari sabtu yang lalu, ana bersama sahabat blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang kebanyakannya agak berani mencabar diri ke Sunway Lagoon untuk melawat hantu-hantu disini.

Atasi Ketakutan Di Night Of Fright 5

Ana nie bukanlah seorang penakut sebenarnya tapi jenis tak suka dengan hantu-hantu nie terutamanya hantu Malaysia seperti Pontianak ataupun Pocong. Tapi disebabkan itu jugalah ana mencabar diri untuk bersemuka dengan dua hantu popular dikalangan rakyat Malaysia nie.hehehehe

Apa Yang Menarik di Night Of Fright 5

Terdapat 8 rumah hantu yang korang boleh kunjungi di sini dan antara rumah hantu yang best dan menyeramkan ialah Island Of The Dolls, Ouija, Dystopia, Day of the Dead (3D), Ghosbuster Adventure Live, Horrorwood, Zombie Apocalypsed dan Pontianak vs Pocong. Selain itu juga, terdapat juga sebanyak 5 kawasan yang berhantu sepanjang kawasan tersebut, 4 persembahan pentas dan 11 Trill Rides untuk korang main dan pergi sepanjang berada di NOF 5 nie.

Antara gelagat hantu-hantu yang dapat ana rakamkan

Jadi amacam?? Teruja tak nak jumpa hantu-hantu nie??? Kalau rasa tercabar dan ingin mengatasi rasa takut tu bolehlah ke NOF 5 Sunway Lagoon ini yang akan berlangsung sehingga 31 Oktober ini sahaja.

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web mereka di https://sunwaylagoon.com/nof5/ 

 

769 total views, 3 views today

7 Replies to “Atasi Ketakutan Di Night Of Fright 5 Sunway Lagoon.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This