7 Sebab Kabinet Dapur IKEA Tidak Sesuai Untuk Rumah Anda

7 Sebab Kabinet Dapur IKEA Tidak Sesuai Untuk Rumah Anda

Ramai pemilik rumah di Malaysia akan menjadikan IKEA, kedai perabot dari Sweden sebagai tempat pertama untuk dituju apabila mencari perabot rumah. Barangan keluaran IKEA memang dikenali dengan konsepnya yang minimalis, kemas dan jimat ruang. Selain itu, sifat produknya yang dibungkus nipis dan boleh dipasang sendiri menjadikannya popular di kalangan rakyat Malaysia.

 

Namun begitu, tahukah anda bahawa ciri-ciri asas barangan IKEA ini sebenarnya adalah satu kekurangan untuk kabinet dapur? Jika anda masih ragu-ragu dengan kenyataan ini, jom baca 7 kekurangan kabinet dapur IKEA yang perlu anda tahu.

 

1. Pilihan reka bentuk

Secara umumnya, perabot IKEA adalah bertemakan Scandinavian. Jadi, kebanyakan reka bentuk kabinet dapur di sini akan mempunyai garisan lurus yang kemas dan pintu panel rata. Tetapi pilihan warna yang diberikan adalah terhad kepada warna-warna selamat seperti warna kayu asli, putih, hitam dan coklat gelap. Jadi, jika anda inginkan kabinet dapur yang unik dan berwarna lebih ceria, pembelian di IKEA tidak akan memuaskan kehendak anda itu.

2. Susun atur kabinet

Kabinet dapur IKEA datang dalam saiz yang standard kerana semua bahagian kabinet tersebut dihasilkan secara pukal . Disebabkan saiznya yang standard, setiap barangan di bawah nama keluaran yang sama boleh diguna pakai secara mix and match.

 

Walau bagaimanapun, saiznya yang standard itu ada kelemahannya yang tersendiri. Oleh kerana tidak semua saiz dapur rumah di Malaysia ini mempunyai ukuran yang sama, terdapat kemungkinan yang kabinet dapur IKEA tersebut tidak dapat memenuhi lebar dinding atau ketinggian dari lantai ke siling dengan tepat.

 

3. Tempoh pemasangan dan siap

Apabila bercakap tentang tempoh masa untuk pemasangan kabinet dapur IKEA, anda harus fikirkan juga tentang jumlah masa dan tenaga yang perlu anda curahkan untuk mengambil ukuran, pergi memilih dan membeli semua bahagian kabinet tersebut.

 

Setelah semua barang sudah sampai, barulah anda boleh memulakan kerja-kerja pemasangan tadi. Tetapi, sebelum anda mulakan kerja, pastikan anda sudah membaca dan memahami manual yang disediakan. Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan kabinet dapur tersebut bergantung sepenuhnya pada usaha dan kelapangan masa anda. Jadi, untuk menjimatkan masa, dapatkan saja khidmat kontraktor dar Recommend.my untuk renovate dapur anda.

Atas: Kerja ubahsuai dapur oleh IIKO Concept

 

4. Bahan yang digunakan

Kabinet dapur IKEA dikeluarkan secara pukal menggunakan beberapa jenis bahan seperti fibreboard, particleboard, melamine foil, plastik ABS, aluminium, dan kaca. Bagi permukaan kaunter kabinet pula, material asas yang digunakan adalah particleboard, high-pressure melamine laminate dan moisture resistant fibreboard.

Jika anda inginkan kabinet dapur yang lebih tahan lasak atau lebih eksklusif seperti kabinet yang diperbuat daripada kayu asli, produk keluaran IKEA bukanlah pilihan yang tepat untuk anda.

 

(Baca: Kitchen Door Designs and Materials Available in Malaysia)

5. Ketahanan dan penyelenggaraan

Setiap perabot yang diperbuat daripada bahan yang berbeza, pasti mempunyai tahap ketahanan yang berbeza. Dan semestinya kabinet yang menggunakan bahan yang telah diproses sepertiĀ  fibreboard dan particleboard mempunyai banyak kekurangan. Antara kekurangan bagi perabot atau kabinet yang menggunakan material ini ialah ia tidak tahan dengan lembapan berlebihan dan suhu panas.

 

Jika permukaannya terkena air yang banyak untuk tempoh yang lama, ia akan mengembang dan tidak boleh dibaiki lagi. Begitu juga jika terkena benda yang terlalu panas. Jadi, daripada segi penyelenggaraan, anda perlu lebih berhati-hati dengan kabinet dapur IKEA, contohnya sentiasa menggunakan lapik yang sesuai dan lap sebarang cecair yang tumpah dengan segera agar ia tidak meninggalkan kesan warna atau mengembang.

 

6. Modifikasi

Terdapat video tutorial yang dimuat naik di laman YouTube tentang cara-cara untuk melakukan modifikasi pada perabot IKEA yang menjadikannya pelbagai guna. Walau bagaimanapun, sebagai pengguna yang bijak, anda tidak seharusnya percaya bulat-bulat dengan idea baru itu.

 

Pada mulanya idea itu mungkin nampak menarik, tetapi hasilnya tidak kukuh atau praktikal seperti yang anda sangkakan. Selain itu, anda juga harus ingat perabot yang diperbuat daripada material yang sudah diproses seperti particleboard tidak akan tahan lama jika ia dipasang dan dibuka semula berulang kali.

 

7. Harga

IKEA seringkali mewar-warkan yang harga perabot keluaran mereka adalah sangat berpatutan dan boleh dipasang sendiri oleh pembeli. Kenyataan ini benar jika hendak dibandingkan dengan kabinet dapur yang ditempah khas. Tetapi, pernahkah anda terfikir yang tag harga yang lebih mahal pada kabinet yang ditempah khas dengan kontraktor kabinet dapur itu sebenarnya sudah mengambil kira pelbagai faktor lain?

 

(Baca: Kitchen Renovation Price Estimator)

 

Antaranya, anda tidak perlu ambil cuti untuk meluangkan masa berjam-jam di IKEA untuk membuat pilhan, tidak perlu menunggu giliran untuk lori penghantaran sampai ke rumah anda, dan anda tidak perlu bersusah payah untuk belajar cara untuk memasang kesemua kabinet dapur itu sendiri. Lebih menakutkan lagi, jika anda tersalah beli atau pasang, anda terpaksa menanggung kerugian yang tidak disengajakan itu.

 

Saya berharap perkongsian ini akan dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih bijak. Setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza, dan tidak semua rumah sesuai dengan hiasan dalaman dan perabot yang bertema Scandinavia. Jika anda mahukan sesuatu yang lebih unik untuk rumah anda, luangkan masa untuk lihat hasil kerja kontraktor kabinet dapur di Malaysia yang berdaftar di Recommend.my.

 

Recommend.my mempunyai hampir 500 kontraktor yang boleh dipercayai di seluruh negara, sedia untuk memberikan idea menarik untuk renovate dapur dan rumah anda.

2,162 total views, 47 views today

3 Replies to “7 Sebab Kabinet Dapur IKEA Tidak Sesuai Untuk Rumah Anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This