Shatavari Himalaya Buat Ummi dan Afeeya Gembira

Shatavari Himalaya Buat Ummi dan Afeeya Gembira

Sejak kebelakangan ini, zaujah seolah-olah macam tertekan dan semua nie gara-gara selepas doktor maklumkan yang susu badan zaujah kurang kerana baby afeeya tidak membesar dengan normal.

Bila dah jadi macam tu, ana dengan tebalkan muka tanya kat group mak-mak mengenai suppliment yang boleh dan selamat untuk zaujah dan afeeya bagi tambah susu badan.

Masa tu, ada seorang yang ana lebih mesra panggil Kak Long suggestkan gunakan Shatavari Himalaya nie.

Dan selepas seminggu guna, zaujah cakap yang memang nampak ketara perubahan pada susu yang keluar mendadak. Baby Afeeya pun nampak makin happy dan makin bambam sekarang. Alhamdulillah. Seronok sangat bila nampak perubahan pada zaujah dan baby.

Shatavari Himalaya buat Afeeya Tak Nak Susu Formula

Sebenarnya sebelum guna Shatavari nie, doktor ada nasihatkan supaya gunakan juga susu formula kerana ummi kekurangan susu badan. Tapi hati kitaorang berdua kalau boleh tak nak guna susu formula sebab yakin susu badan ummi pasti ada.Dan Alhamdulillah lepas guna tu memang rezeki baby Afeeya semakin murah dengan susu ummi yang banyak.

Paling ketara nampak apabila ummi bagi susu formula pada afeeya memang dia akan tolak mentah2 dan apabila bagi susu badan memang laju betul dia minum.. Dan paling ummi dia seronok sekarang nie makin kuat pula Afeeya menyusu badan sekarang.

Kelebihan Shatavari

1.Shatavari sejenis herba dalam Ayurveda digunakan beribu tahun sebagai satu ubat reproduktif wanita dengan menyegarkan dan memelihara organ pembiakan wanita.
2. Penyusuan menyokong kepada ibu-ibu baru dengan meningkatkan paras hormon prolaktin.
3. Membantu mengatasi keletihan, kesihatan mental dan fizikal, menyegarkan badan.
4. Membantu dalam memulihkan kestabilan hormon wanita semasa dalam pantang.
5. Menyokong pengeluaran normal susu badan.
6. Melegakan gejala menopaus.
7. Menyokong sistem penghadaman dan imun.
8.Digunakan di India sebagai satu herba yang sering digunakan untuk wanita.

Dan yang bestnya bukan sahaja tambah susu badan, tetapi shatavari ini juga adalah untuk dalaman wanita dan bagus dalam menyuburkan wanita .

Ibu-ibu kat luar sana yang mempunyai masalah kekurangan susu badan bolehlah cuba shatavari nie…InsyaAllah mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi korang.

Facebook: HimalayaHealthcare
Instagram : himalayamalaysia

 

2,423 total views, 21 views today

3 Replies to “Shatavari Himalaya Buat Ummi dan Afeeya Gembira”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This