F1 Terakhir Di Sepang Buat Ramai Berduka

F1 Terakhir Di Sepang Buat Ramai Berduka

Sukan Formula One rasanya begitu sinonim bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia pastinya setiasa hadir di bibir mereka berbicara mengenai sukan permotoran tertua di dunia.

Malaysia melalui Litar Sepang menjadi hos kepada acara sukan ini bermula pada tahun 1999 dan paling mencuri tumpuan Malaysia pada masa itu juga adalah Pasukan Sauber Petronas yang mana ada juga tertera bendera Malaysia pada kereta F1 pasukan tersebut.

Tahun Terakhir Formula 1 Di Sepang

Tahun ini  Malaysia menjadi tuan rumah buat kali terakhir dan merupakan tahun ke 19 diangkat sebagai tuan rumah untuk berada di dalam kalendar tahunan Formula Satu.

Rasanya ramai yang pastinya sedih sehinggakan tiket pada edisi kali ini seperti goreng pisang lakunya dan dianggarkan seramai 80 ribu orang atau akan lebih bakal membanjiri litar kebangaan rakyat Malaysia itu.

Lewis Hamilton Turut Nyatakan Kesedihan meninggalkan litar Sepang

Lewis Hamilton merupakan salah seorang pelumba yang menyatakan kesedihan untuk beraksi buat kali terakhir di negara ini sebabnya litar Sepang merupakan salah satu litar yang paling mecabar bukan sahaja kepada pelumba tetapi juga kepada jentera yang dipandu oleh mereka.

Selamat Tinggal formula 1

Lepas nie hanya mampu melihat Formula 1 di kaca televisyen dan tiada lagi ruang untuk rakyat Malaysia menyaksikannya secara langsung.

Formula Satu akan berlangsung di Malaysia pada 30 September dan 1 Oktober ini yang pastinya akan meninggalkan seribu satu kenangan manis bukan sahaja kepada pelumba dan pasukan bertanding tetapi juga kita sebagai penonton sebelum hilangnya Sepang di Kalendar Formula Satu.

1,505 total views, 23 views today

5 Replies to “F1 Terakhir Di Sepang Buat Ramai Berduka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This