ultras Malaya Merajuk???

Betul ke ultras Malaya (UM07) dikatakan merajuk dan takkan ada open curva untuk perlawanan akhir di antara Malaysia menentang Thailand dalam aksi terakhir bagi merebut ibu segala pingat bagi edisi Sukan Sea kali ini.

Ultras Malaya Merajuk???

Sebenarnya tiada istilah merajuk di kalangan komrad UM07 nie lagi-lagi apabila Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan Final yang akan berlangsung pada malam ini.

Tetapi apa yang dilakukan sebenarnya adalah solidariti kepada komrad yang tidak mendapatkan tiket bagi aksi perlawanan akhir ini.

Antara komrad yang gagal memperolehi tiket ini adalah komrad daripada ultras Negeri Sembilan (un9).

Solidariti Pemain Ke 12.

Ini petikan yang diambil daripada facebook rasmi ultras Malaya yang dikemaskini pada malam tadi.

Solidariti untuk semua pemain ke-12 pasukan Harimau Malaya

Ultras Malaya secara rasmi tidak akan membuka curva untuk perlawanan akhir esok sebagai tanda solidariti buat komrad dan juga penyokong lain yang datang dari jauh mahu pun yang dekat, yang telah bersusah payah, berhempas pulas untuk mendapatkan tiket tetapi tidak dapat memperolehinya kerana kelemahan sistem penjualan tiket dari pihak penganjur.

Nantikan info selanjutnya dari kami, bukan dari sumber-sumber lain yang hanya nak dapat like atau nak tunjuk dia yang terawal dapat info.

Kepada barisan pemain pasukan Malaysia B23, teruskan kecemerlangan, kekalkan semangat anda untuk perlawanan esok, semangat kami terus bersama dalam jiwa anda setiap pemain dan barisan pegawai pasukan..Ayuhh!! Malaysiaku!!

Nampaknya akan krik-krik lah stadium malam ini, ini semua kerana pemberian tiket percuma kepada yang tidak bertangungjawab dan juga penjualan tiket yang tidak efisien.

Pape pun, ultras Malaya akan terus menyokong pasukan kebangsaan walaupun jasad mereka tiada di stadium namun roh mereka sentiasa bersama Harimau Malaya.

1,680 total views, 15 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

4 thoughts on “ultras Malaya Merajuk???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.