Siapakah N.Thanabalan

Nama N.Thanabalan tiba-tiba sahaja terus meniti di bibir peminat Harimau Malaya selepas berjaya menjaringkan 4 gol buat Malaysia dalam temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Dan jaringan terbaharu beliau sudah semestinya akan diingatkan oleh seluruh rakyat Malaysia selepas membawa Harimau Malaya ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea hasil tandukan beliau pada minit ke 87 perlawanan.

Siapakah N.Thanabalan

Pasti ramai yg tertanya-tanya siapakah pemain yang baru skor lagi ketika membenam Indonesia malam tadi.

Thanabalan atau nama penuhnya Thanabalan a/l Nadarajah berasal daripada Gemencheh Negeri Sembilan. Disebabkan kurang mendapat tempat bersama pasukan Liga Perdana Negeri Sembilan, pemain ini dipinjamkan ke Felcra United awal musim ini.

Thana mempunyai kisahnya tersendiri. Dia mempunyai keluarga yg besar dan ayah yang sudah lumpuh. Ini membuatkan dia memilih bolasepak bagi menyara keluarganya.

Dengan 4 gol dari Sukan SEA kali ini pasti membuka mata banyak pihak dan sudah pasti dia akan berada dalam radar pasukan2 besar apabila pasaran perpindahan dibuka nanti.

 

1,132 total views, 15 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Siapakah N.Thanabalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.