Selamat Tinggal Ultras Malaya

Ketika ini nama ultras Malaya terus gah dipersada sukan tanah air yang begitu sinonim dalam menyokong skuad kebangsaan terutamanya sukan yang membabitkan Harimau Malaya iaitu bola sepak Malaysia.

Seperti kebiasaanya ada yang menyokong dan ada juga yang mengeji tapi itu semua bukanlah halangan utama bagi komrad ultras Malaya (UM07) ini.

Janji utama mereka adalah menyokong skuad kebangsaan tidak kira apa jua halangan yang bakal melanda dan terpaksa mengorbankan jiwa, wang masa dan harga diri.

Selamat Tinggal Ultras Malaya

Rasanya kali terakhir ana turut serta bersama mereka adalah semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia Russia 2018 yang mana masa tu berlaku rusuhan pada minit ke 88 perlawanan yang menyebabkan keesokannya begitu banyak akhbar dan media tempatan yang sebelum ini memuji mula mengeji.

Dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini ana hanyalah mampu duduk di belakang mereka melihat rakan perjuangan yang masih meneruskan perjuangan dalam memastikan kejayaan skuad kebangsaan.

Walaupun tak turut serta chant bersama komrad kali ini, namun di lubuk hati tetap ingin bersama-sama mereka untuk memberikan semangat demi negara tercinta.

 

753 total views, 6 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “Selamat Tinggal Ultras Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.