Kecewa, Terlepas Menjadi Sukarelawan Sukan Sea KL 2017

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 merupakan Sukan Sea yang ke 29 dan Malaysia telah diangkat sebagai tuan rumah untuk sukan paling berprestij di Asia Tenggara.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah adalah pada tahun 2001 yang mana pada masa itu juga Malaysia muncul sebagai Juara keseluruhan.

Tapi disebalik rasa semangat untuk turut serta bersama-sama sebagai Sukarelawan Sukan Sea akhirnya hilang dalam sekelip mata, gara-gara terlepas untuk mengikuti Kursus terakhir yang melayakkan diri untuk menjadi sukarelawan sukan tersebut.

Memang terasa kecewa kerana tidak dapat menyumbangkan keringat tenaga masa muda untuk negara sebagai sukarelawan sukan.

Namun, apa nak dibuat, mungkin bukan rezeki untuk turut serta kali ini. Tapi semangat ana untuk turun ke Stadium mungkin takkan pudar lagi-lagi kalau yang membabitkan sukan bola sepak.

Kepada Sukarelawan Sukan Sea kali ini, anazarin ucapkan selamat berkerja dan buatlah yang terbaik demi menjaga nama baik Malaysia di persada Antarabangsa.

 

844 total views, 7 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.