Harga Tiket Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Harga Tiket Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 akan berkunjung tiba dalam 12 hari lagi. Sudah semestinya rata-rata rakyat Malaysia tidak sabar menantikan kehadiran Sukan Terbesar Asia Tenggara tersebut.

Ada beberapa sukan yang membolehkan kita masuk ke dalamnya secara percuma namun ada juga beberapa sukan yang memerlukan kita membeli tiket untuk masuk ke dalam menyaksikannya.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, ia boleh mula dibeli menerusi atas talian di laman web www.kualalumpur2017.com.my pada harga dari RM10 hingga RM20 sahaja.

“Kita hadkan pembelian empat tiket sahaja bagi setiap individu untuk setiap transaksi.

“Ini sebagai antara langkah keselamatan bagi mengelakkan berlakunya penjualan di pasaran gelap,” katanya ketika majlis pelancarannya di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Selain menerusi atas talian, pembelian juga boleh dibuat di pusat-pusat jualan tiket yang akan diumumkan kelak serta di venue acara dengan pembayaran secara tunai, debit atau kredit.

Namun hanya 19 acara dipertandingkan yang dilihat kegemaran ramai seperti bola sepak, badminton, gimnastik, sukan akuatik (terjun, renang, acara berirama & polo air), karate, taekwando, pencak silat, bola sepak, futsal, bola jaring, ragbi, berbasikal trek, bola keranjang, sepak takraw, billiard, snuker dan muay, memerlukan tiket.

Ia termasuk juga upacara pembukaan dan penutup KL2017 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selebihnya iaitu 32 acara lain seperti olahraga, kriket, tenis, tinju dan bola tampar boleh ditonton secara percuma.

11,214 total views, 10 views today

12 Replies to “Harga Tiket Sukan Sea Kuala Lumpur 2017”

        1. Print je pastu masuk je stadium baa tiket yang dah print tu sbb ada bar code kat tiket tu..nanti nak masuk stadium diaorang akan scan tiket tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This