Selamat Hadir Ke Dunia Puteriku

Hari ini baru ana berkesempatan untuk mencoretkan sebuah cerita mengenai puteri pertama ana dan zaujah yang juga merupakan anak kedua kami.

Selamat datang puteriku. Alhamdulillah puteri kami hadir ke dunia pada Jam 0341 pagi bersamaan 23 Julai 2017. Hadirnya puteri kami tu genap-genap 40 minggu.

Seronok rasanya selepas 2 tahun akhirnya kami sekali lagi dianugerahkan anugerah terindah. Ibu bapa pastinya faham perasaan ini kan.

Masa nie lah si Bapa bertungkus lumus bangun pada waktu malam menemani isteri menyusukan anak.

Siapa namanya???

Ramai yang bertanyakan nama si Baby yang baru lahir nie. Namanya memang dah lama ana dan zaujah fikirkan apabila dapat tahu zaujah mengandung.

Dan selepas tahu jantinanya masa scan sebelum ini kami kerap memanggil namanya agar apabila sidia keluar daripada rahim ibunya sudah mampu menyahut apabila namanya dipanggil.

Yela, sapa namanya???

Nama puteri pertama kami Nur Zinnirah Afeeya.

Mengapa ana dan zaujah memilih nama ini??? Semua ini kerana Nur membawa makna Cahaya, semoga sentiasa berada dibawah cahaya keimanan, Aamin. Zinnirah pula diambil sempena nama seorang Srikandi Islam, semoga akhlak dan perilakunya sama seperti Zinnirah insan yang dijanjikan Syurga itu. Afeeya pula membawa maksud Selamat ataupun Sejahtera, agar beliau sentiasa selamat daripada sebarang marabahaya, sebarang tipu daya dunia..Wallahualam.

 

278 total views, 8 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “Selamat Hadir Ke Dunia Puteriku

  • 28/07/2017 at 9:26 AM
    Permalink

    Tahniah Zarin dan wife, dah selamat semuanya. Cantik betul nama baby!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.