Penyokong Pasukan vs Penyokong Pemain

Jika sebelum ini kita biasa mendengar mengenai penyokong pasukan Bola Sepak. Jika ditanya kau sokong pasukan mana pasti kita akam dapat jawapan sokong pasukan Manchester United lah, Arsenal, Liverpool mahupun pasukan bola sepak yang terdapat di dalam dunia ini.

Tapi jangan terkejut jika kini ada penyokong bola sepak yang menyokong pemain bola sepak berbanding menyokong pasukan Kelab Bola Sepak.

Macam ana dulu ada seorang member nie memang taksub betul dengan kaka.. Bila Kaka beraksi dengan AC Milan dia sokong Ac Milan, apabila main untuk Real Madrid, dia sokong Real pula. Bila cakap lalang, dia boleh pula cakap mana ada lalang, aku cuma sokong kaka dan pasukan yang dia main je.

Penyokong Negeri Sembilan pun ada 2 Kategori nie.

Kalau korang nak tahu, mula-mula Simic meninggalkan kem Negeri Sembilan pun ada yang sampai memaki hamun Pengurusan Negeri Sembilan. Walhal mungkin ada perancangan tersendiri yang kita nampak.

Dan sekarang apabila John Behe beraksi dengan baik barulah senyap penyokong-penyokong yang hanya menyokong pemain daripada pasukan itu sendiri.

Baru nie, kisah lagenda Wayne Rooney yang berhijrah kembali ke Everton. Boleh pula member ana tanya kat ana lepas nie ko sokonglah Everton pula dah tak payah sokong pasukan Manchester United sebab Rooney dah tak ada.

Padahal dari dulu sampai sekarang ana memang sokong pasukan Manchester United dari dulu sampai sekarang walaupun pemain sentiasa berubah.

Kalau korang pula penyokong yang mana satu? Sokong pasukan ataupun sokong pemain?

706 total views, 6 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

3 thoughts on “Penyokong Pasukan vs Penyokong Pemain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.