Istiqamah Ke Kita Selepas Ramadhan

Istiqamah Ke Kita Selepas Ramadhan

Dalam tak sedar 9 hari sudah berlalunya bulan paling mulia bulan Ramadhan Al Mubarak. Dalam tak sedar sudah 9 hari juga kita menyambut bulan kemenangan buat umat Islam.

Namun, adakah kita dapat sesuatu yang amat bermakna di dalam Ramadhan dan terus dapat kita laksanakannya selepas berakhirnya Ramadhan.

Istiqamahkah kita selepas Berakhirnya Ramadhan

عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ :
يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ
[رواه مسلم]

Abu amr, (ada yang menyebutnya Abu Amrah) Sufyan bin Abdillah ra. Berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, katakana kepadaku perkataan tentang  islam yang tidak akan aku tanyakan kepada selain engkau!” Beliau bersabda, ‘Katakanlah, ‘Amantu Billah (Aku beriman kepada Allah), kemudian istiqamalah’.” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim).

Istiqamah adalah sesuatu yang amat dititik beratkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W pada zamannya lagi.

Adakah kita istiqamah dalam melakukan ibadah seperti yang kita lakukan pada bulan Ramadhan yang lalu.

Adakah kita rajin ke Masjid seperti mana kita ke sana dalam bulan Ramadhan?

Adakah Al Quran masih disisi kita? Ataupun ianya hanyalah sebagai hiasan dan digunakan ketika hadirnya Ramadhan?

Adakah kita istuqamah? Tepuk dada tanya iman.

644 total views, 2 views today

2 Replies to “Istiqamah Ke Kita Selepas Ramadhan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This