Malaysia Ke Piala Dunia Hoki

Malaysia Ke Piala Dunia Hoki

Pasukan Malaysia akhirnya melakar kejayaaan paling bermakna malam tadi selepas berjaya membenam cabaran hebat India dalam aksi Suku Akhir Separuh Akhir dunia hoki.

Malaysia berjaya menjinakkan saingan sengit India 3-2 yang mana sekaligus melayakkan Malaysia ke Piala Dunia secara merit di India.

Pukulan Sudut Penalti Penyelamat Malaysia Ke Piala Dunia

Malaysia ternyata tidak mensia-siakan peluang selepas memperolehi Pukulan Sudut Penalti ataupun Penalti Corner selepas 3 gol yang berjaya dijaringkan merupakan berpunca daripada pukulan tersebut.

Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke 19′ PC oleh Razie Rahim Sebelum melebarkan jaringan seminit selepas itu oleh┬áTengku Tajuddin yang juga berpunca daripada pukulan sudut penalti.

India selepas itu berjaya bangkit dan berjaya mendapatkan jaringan pada minit ke 24 perlawanan melalui Ramandeep Singh. India terus mengasak Malaysia selepas itu dan berjaya menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti 2 minit selepas itu juga berpunca daripada Ramandeep Singh.

Malaysia akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan yang juga berpunca daripada sudut penalti pada minit ke 48 oleh Razie Rahim.

Malaysia Tigres kini merupakan 4 pasukan yang lain yang sudah melayakan diri ke Piala Dunia ialah :

Antara pasukan yang layak ke Piala Dunia Hoki 2018 setakat ini :

1. India (Tuan Rumah)

2. Argentina

3. Malaysia

4. Netherlands

5. England

6. Slot tempat ke 5 (London)

7. Slot tempat ke 1 (Johannesburg)

8. Slot tempat ke 2 (Johannesburg)

9. Slot tempat ke 3 (Johannesburg)

10. Slot tempat ke 4 (Johannesburg)

11. Slot tempat ke 5 (Johannesburg)

12. Juara piala Asia

13. Juara piala Eropah

14. Juara piala Amerika Selatan

15. Juara piala Oceania

16. Juara piala Afrika

921 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This