“Kunjungan” Di Bulan Ramadhan

Sebenarnya ana sendiri pun tak tahu ejaan sebenar “Kunjungan” yang menjadi kebiasaan masyarakat jawa apabila tibanya bulan Mulia Ramadhan Al Mubarak ini.

Yang pastinya tradisi ini sudah menjadi kebiasaan apabila tibanya Ramadhan. Ianya boleh dilakukan bermula 1 Ramadhan sehinggalah hari Ramadhan terakhir.

Apa itu “Kunjungan”

Ianya sebenarnya sama je seperti kebiasaan kita memberikan sedikit makanan kepada jiran kita tetapi yang berbezanya kita memberikan makanan kepada setiap rumah yang terdapat di dalam perkampungan kita.

Ianya seperti memberi “berkat” ataupun makanan seperti macam kenduri tu. Tapi makanan apa yang ingin diberikan terpulang kepada tuan rumah.

Yang paling bestnya walaupun di area kampung tiada Bazar Ramadhan tetapi makanan pastinya banyak terutama apabila orang membuat “kunjungan” ke rumah kita.

Biasanya hari terakhir banyak makanan yang akan diterima dan pernah seperti tahun-tahun lepas dekat 10 rumah membuat kunjungan ke rumah ana. Memang bermacam-macam aneka makanan yang ada.

Inilah tradisi yang terdapat di kampung ana setiap kali tibanya Ramadhan Al Mubarak. Semoga tradisi ini akan terus dilaksanakan dan tidak akan ditelan dek zaman.

350 total views, 5 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

3 thoughts on ““Kunjungan” Di Bulan Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.