Bersediakah Kita Menjadi Seorang Ayah

Bersediakah anda jika menjadi seorang ayah terutama bagi yang pertama kali ingin merasakan pengalaman paling berharga bagi seorang lelaki yang bergelar suami.

Bersediakah Kita Memikul Amanah Paling Berat Menjadi Bapa.

Ana pun bukanlah seseorang yang berpengalaman menjadi seorang bapa nie. Pengalaman ana cumalah 3 hari je sebelum si Hero ana tu pulang kembali kepada Pencipta. Tetapi sejak itu ana mula belajar dan belajar agar mampu memikul amanah paling berat yang akan menanti tidak lama lagi bagi menyambut kelahiran anakanda kedua ana.

Membaca

Ye, korang dah boleh mula membaca mengenai kehamilan, mengenai penjagaan anak, penjagaan pasangan, menjaga emosi si ibu dan anak, cara mendidik anak menjadi anak yang soleh solehah terutamanya pada zaman yang penuh dengan Fatamorgana ini.

Berbual Dengan Orang Yang Lebih Pengalaman Menjadi Bapa

Siapa?. Kita boleh berbicara dengan ayah kita, macam mana caranya dia menjadi seorang bapa yang terbaik dalam membesarkan kita. Andai segan berbicara dengan orang tuamu, korang juga boleh berbicara dengan sahabat korang yang sudah bergelar bapa. Ambil tips berguna daripada diaorang. InsyaAllah pasti akan berguna untuk anak yang bakal lahir kelak.

Memdengarkan Keluhannya.

Siapa? Korang kena mula menjadi telinga dan tukang khidmat buat isteri korang. Pada masa ini isteri banyak berbicara dan mengalami kesakitan di mana-mana anggota tubuh badannya. Kalau boleh kita sebagai lelaki nie rasalan macam mana kepayahan bidadari kita berjuang habis-habisan untuk mengandungkan zuriat kita. Apabila kita merasakannya InsyaAllah kita bakal menjadi bapa yang hebat dalam segala Aspek.

Menemani Si Dia

Siapa? Sudah semestinya isteri kita, menemani dia membeli pakaian baby, keperluan baby dan ke mana sahaja agar daripada situ kita dapat belajar sedikit demi sedikit akan keperluan anak dan juga keperluan isteri kita. InsyaAllah bermula isteri berpantang kita sudah tahu apa yang perlu kita suami dan bakal bapa nie lakukan tanpa bantuan daripada bidadari kita.

Semoga kita semua yang bergelar si suami dan bakal bapa ini akan menjadi bapa mithali, akan menjadi suami yang penyanyang dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.

253 total views, 5 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

4 thoughts on “Bersediakah Kita Menjadi Seorang Ayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.