5 Perkara Yang Para Suami Perlu Lakukan Ketika Isteri Mengandung

Pastinya perasaan gembira akan hadir kepada seorang lelaki apabila mendapat tahu bahawa isterinya mengandungkan zuriatnya. Pastinya perasaan teruja terutama yang baru pertama kali ingin mendapatkan cahaya mata selepas menunggu beberapa tahun selepas alam perkahwinan.

Namun, tahukah kita wahai lelaki. Ada tugas dan perkara yang perlu kita lakukan kepada isteri kita ketika mengandungkan anak di dalam badannya.

5 Perkara Yang Suami Perlu Lakukan Untuk Isteri Mengandung

1) Belailah dan urutlah si isteri

Ketika mengandung nie, isteri pastinya akan kerap mengalami masalah sakit pinggang, kejang kaki dan sakit di mana-mana bahagian tubuh badannya. Kita sebagai lelaki haruslah mengambil tanggungjawab untuk membelai si isteri yang telah sanggup bersusah payah mengandungkan zuriat kita.

2) Sediakan Zat Yang cukup untuk tubuh badan Si Isteri

Suami perlu menyediakan bekalan protein, vitamin dan zar yang mencukupi untuk isteri kerana pada masa inilah isteri memerlukan bekalan mencukupi bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk si anak yang bakal dilahirkan.

3) Belailah Perut Isteri ketika sudah menjangkau Usia Mulai 19 Minggu

Pada masa ini, si anak di dalam rahim si ibu sudah cukup sifatnya dan sudah mula ditiupkan roh ke dalam tubuhnya. Si ayah haruslah membelai perut si ibu agar anak terasa tenteram di dalamnya. Teringat masa ana berkursus, bukan main susah untuk si anak duduk diam sebabnya selama 3 hari bapanya tak usap perut si ibu..selalunya selepas ana usap perut siibu dia akan slow sikit menendangnya.mungkin nak kan perhatian si bapa barangkali..hehehe.

4) Bacalah Al Quran Dan Zikir kepada si anak di dalam perut

Yang nie pun kadang-kadang ana terkandas juga. Tapi bila baca Al Quran kepada baby, seronok je rasanya dia bergerak. Dan wife sendiri bagi tahu kat ana, setiap kali dia solat pastinya baby akan bergerak laju. Biasakan anak-anak dengan bacaan Al Quran atau apa jua agar dia tak terkejut apabila lahir di dunia.

5) Sediakan Nama yang baik daripada anak dalam perut lagi

Ana memang akan sediakan nama apabila setiap kali dapat tahu isteri ana mengandung. Dan apabila usia kandungan memasuki usia 26 minggu ataupun selepas ana dapat tahu jantinanya ana akan panggil nama si anak apabila mengusap perut isteri. Interaksi lebih baik rasanya. Dan pengalaman ana, apabila anak pertama kitaorang keluar hari tu. Anak terus memberi respon apabila ana memanggil namanya ketika hendak mengazankan di telinganya.

Anak adalah anugerah yang maha Esa. Jagalah ianya sebaik mungkin mulai di dalam perut lagi. Satangi dan berikanlah yang baik buat isteri dan anak. Semoga apa usaha yang kita lakukan dapat melahirkan zuriat dan unat nabi yang berkualiti. InsyaAllah.

1,366 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

8 thoughts on “5 Perkara Yang Para Suami Perlu Lakukan Ketika Isteri Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.