Photoshoot Jadi Mudah Dengan Wan Izhar Abu Bakar

Pada hari sabtu yang lepas, ana berkesempatan untuk turut serta bersama rakan-rakan blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari Ber “Photoshoot” di Muzium Warisan Melayu UPM.

Rumah warisan yang terdapat di Muzium Warisan Melayu UPM, tempat kitaorang photoshoot..cantik kan? Terasa betul suasana desa

Bermacam-macam ragam dan gelagat yang boleh disaksikan rakan blogger berposing dan membuat pose menarik di hadapan kamera.

Seronok Ber”photoshoot” dengan Wan Izhar Abu Bakar.

Seronok dan mudah rasanya dapat berkerjasama dengan Jurugambar berpengalaman seperti Wan Izhar Abu Bakar nie.

Wan Izhar Abu Bakar ketika beraksi menangkap gambar model blogger Mas Saari.

Sebabnya, ana yang tak berapa photogenik nie pun dia boleh jadikan ana senang untuk beraksi dihadapan kamera. Al maklumlah ana nie jenis yang kekok untuk bergambar sebelum nie.

Dah penat bergambar, masa nie lah perut terasa lapar sangat-sangat. Dan yang bestnya terasa macam zaman dulu-dulu sebabnya makan ala-ala kampung di dalam rumah warisan melayu tempat kitaorang berphotoshoot nie.

Paling sedap daging salai masak lemak nie…terngiang-ngiang sampai sekarang keenakkannya.

Pape pun, terima kasih tak terhingga ana nak ucapkan kat Ben Ashaari dan Kelab Blogger Ben Ashaari sebab sentiasa memberi peluang untuk turut serta dalam sesi bergambar nie..hehehe.

Tak sabar rasanya nak tengok hasil tangan Photographer berpengalaman ini.

Jika korang hendak menggunakan khidmat Wan Izhar Abu Bakar dan ODS Studio Communications untuk phoshoot koperat dan seumpama dengannya,  bolehlah hubungi Puan Huda di talian 012 303 1005.

1,604 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

15 thoughts on “Photoshoot Jadi Mudah Dengan Wan Izhar Abu Bakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.