Bila Hari Lahirku Menjelang, Ini Perkara Pertama Muncul Di Mindaku

Bila Hari Lahirku Menjelang, Ini Perkara Pertama Muncul Di Mindaku

Alhamdulillah, hari nie merupakan hari kelahiranku yang ke 27 tahun. Alhamdulillah saat ini aku teringat kembali tanggal 16 April 1990 bersamaan 20 Ramadan 1410 yang mana aku dilahirkan oleh ibuku di Hospital Kuala Lumpur.

Terima wahai ibuku kerana melahirkan aku dan menjagaku sehingga menjadi seorang insan. Semoga Allah sentiasa merahmati ibuku dalam apa jua yang dikerjakan olehnya..

Tidak lupa juga, kepada ayahanda ku kerana tanpa mu juga aku mungkin tidak lahir di dunia yang fana nie..

Dan perlu diingat, aku lahir di dunia ini tidak lainnya adalah daripada takdir Allah S.W.T yang sentiasa memberikan aku peluang untuk menghirup udara, merasa hidup di dunia. Dan paling penting peluang untuk menjadi hambaNya.

Jadi Apakah Yang Aku Risaukan Apabila Tibanya Hari Kelahiranku

Aku teringat akan kata-kata seorang sahabat ku yang berada di Eropah, si sana setiap kali tibanya hari kelahiran, mereka juga mengingatkan sesama mereka bahawa hari kita di dunia semakin berkurangan. Dan ajal kita semakin menghampiri kita.

Aku tidaklah terlalu memikirkan ajal hidup ini kerana kita bila-bila masa sahaja akan meninggalkan dunia ini. Tapi yang menjadi akan kerisauan ini adalah adakah kita sudah bersedia untuk ke sana? Sudahkah bekalan kita cukup menampung segala kesalahan dan dosa kita di dunia? Dan yang paling merisaukan aku, adakah sudah cukup untuk aku tinggalkan harta buat kegunaan isteri dan anak-anakku.

Terima kasih tak terhingga buat sahabat dan teman daripada pagi-pagi lagi sudah mengucapkan selamat hari lahir kepadaku. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmatNya. Semoga usia yang tinggal akan disinari cahaya keimanan.

P/s sekarang dah tak boleh panggil kid’s 90 lagi sebab budak-budak 90 an semuanya dah usia 20 ke atas dah..hahaha..

1,196 total views, 2 views today

2 Replies to “Bila Hari Lahirku Menjelang, Ini Perkara Pertama Muncul Di Mindaku”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This