Lee Tuck Penyelamat Maruah Negeri Sembilan

Ketika mata-mata pemerhati dan peminat bola sepak lebih terarah kepada Bruno Junichi Suzuki Castanheira ataupun Bruno Suzuki. Tetapi ada seorang lagi pemain import yang boleh dikatakan amat berbahaya bersama pasukan Negeri Sembilan iaitu Lee Tuck.

Lee Tuck Wira Negeri Sembilan

Lee Tuck berjaya menjaringkan hatrik di dalam masa tambahan ketika menentang Pulau Pinang iaitu pada minit ke 112, 115 dan 120 sekaligus berjaya membawa pasukan Negeri Sembilan mara ke perlawanan Suku Akhir Piala FA 2017.

Larian pantas Lee Tuck sedikit sebanyak mampu mengucar-kacirkan pintu gol pasukan Pulau Pinang yang dikawal ketat oleh Bekas Penjaga Gol Negeri Sembilan iaitu Syed Adney.

Namun begitu, Negeri Sembilan berjaya membuka jaringan awal perlawanan selepas Marko Simic berjaya menjaringkan gol awal sebelum berakhirnya separuh masa pertama perlawanan.

Pulau Pinang bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan seminit selepas masa kedua perlawanan bermula melalui jaringan pemain import mereka Lobo.

Negeri Sembilan Nyaris Diaibkan Pulau Pinang

Walaupun sebelum ini ramai yang akan menyangka bahawa pasukan Hobin Jang Hobin yang berada pada prestasi terbaik akan mudah menjinakkam pasukan Pulau Pinang yang terumbang ambing di dalam Liga Super, namun segalanya meleset kerana Skuad Pulau Mutiara itu yang lebih banyak membuat serangan ke pintu gol pasukan Negeri.

Pape pun, ana nak cakap, terbaik permainan yang ditunjukan oleh anak buah Asri Ninggal terutamanya separuh masa kedua masa tambahan sekaligus dapat menjaringkan 3 gol.

932 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.